Monday 29 October 2012

Corning® Gorilla® Glass


Akhirnya, hari ini Corning telah pun secara rasminya memperkenalkan Gorilla Glass generasi baru keluaran mereka, yang mana generasi pertama telah pun digunakan pada lebih daripada 600 juta peranti seluruh dunia. Dan dalam usaha untuk terus menjadikan skrin tawaran daripada mereka terus menarik dan bertahan, kini mereka telah pun memperkenalkan Gorilla Glass 2 yang bertahan lebih 20% berbanding sebelumnya.

Pada masa yang sama, Gorilla Glass 2 juga lebih ringan berbanding sebelum-sebelumnya, serta diperkatakan membawakan transmisi sentuhan yang lebih bagus lagi berbanding sebelumnya.
Buat masa ini, peranti yang bakal membawakan Gorilla Glass 2 ini masih lagi tidak diketahui, dan mungkin akan diumumkan dalam masa terdekat ini.
Dengan CES 2012 yang semakin hampir, semestinya banyak peranti baru yang akan diperlihatkan dan dipertontonkan kepada umum. Dan salah satu perkara yang turut sama akan dipertontonkan adalah Gorilla Glass generasi baru daripada Corning, yang mana mungkin akan digunakan oleh telefon pintar dan tablet baru kelak.
Seperti semua sedia maklum, Gorilla Glass sehingga kini telah pun memperlihatkan reputasi yang baik, dengan skrin yang berdaya tahan tinggi, dengan anti-calar dan sebagainya. Salah satunya yang bakal dibawakan oleh Gorilla Glass 2 kelak adalah rekabentuk yang lebih nipis, dan menepati ciri-ciri peranti baru yang inginkan ruangan lebih dengan rekabentuk lebih nipis.
Sebelum ini, teknologi Gorilla Glass turut hangat diperkatakan sepanjang tahun lepas, dan mungkinkah ianya turut akan menjadi salah satu perkara utama sepanjang tahun ini?






Sunday 28 October 2012

Mengapa Kita Dilarang Makan Bercampurkan Makanan Darat Dan Laut?


“Mari kita renungkan bagaimana Rasulullah SAW makan sehinggakan baginda tidak pernah menghidapi sakit perut disebabkan makanan. Nabi Muhammad SAW biasa memakan roti yang diperbuat dari gandum asli . Gandum sempurna ( whole grain wheat ) berbeza dengan tepung gandum yang telah diproses kerana kadar protein , serat dan vitamin E yang tinggi. Kajian sains menunjukkan jika kita makan roti yang diperbuat dari gandum asli, risiko untuk mendapat penyakit jantung adalah rendah.”


Disini kita tahu bahawa Rasulullah amat menjaga pemakanan serta kaedah pemakanan yang menjadi ikutan atau sunnah. InsyaAllah kalau diamalkan kita akan dijauhi penyakit spt sakit perut dsbnya.


Rasulullah SAW pernah mencegah kita makan ikan bersama daging kerana akan cepat dapat penyakit. Mengapa??? Ini kerana dalam makanan darat seperti daging dan ayam mengandungi ion positif ( + ) sedangkan dalam makanan laut seperti ikan pula mengandungi ion negatif ( – ). Kalau ikut teori sains pula dua ion ini akan menarik satu sama lain. Jadi, jika kita makan ayam bercampur ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosakkan usus kita. Kesannya sakit perut dan juga akan menyebab perut kita buncit atau boroi. (kesan angin kata orang2 tua…)


Bagaimana nak atasinya?
Berikut adalah beberapa amalan Rasulullah SAW dan tips-tips pemakanan yang boleh diamalkan:

* jangan makan SUSU bersama DAGING
* jangan makan DAGING bersama IKAN
* jangan makan IKAN bersama SUSU
* jangan makan AYAM bersama SUSU
* jangan makan IKAN bersama TELUR
* jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
* jangan makan SUSU bersama CUKA
* jangan makan BUAH bersama SUSU contohnya koktel
* jangan makan buah-buahan setelah makan nasi, sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu
* jangan sesekali abaikan makan malam. Anda pasti cepat dimamah usia dan kolesterol dalam badan akan berganda

 Amalkan:
 
1) Makan buah sebelum makan nasi
2) Menu daging sentiasa dengan oren jus (atau jus yang kaya dengan vitamin C)
3) amalkan makan dengan tangan
4) amalkan jilat tangan selepas makan kerana tangan hasilkan enzim yang diperlukan dalam proses pencernaan.

FAKTA:
Dalam ilmu ilmu sains, setelah nasi masuk ke dalam perut kita maka akan dihasilkan L-Tryptophan, iaitu asid amino yang menjadi bahan dasar terbentuknya niacin, vitamin B. Niacin sendiri akan digunakan untuk membuat serotonin, zat penghantar signal di otak yang boleh menimbulkan perasaan nyaman dan menyebabkan kita rasa mengantuk. Makanan yang kaya karbohidrat seperti nasi, akan merangsang pankreas untuk menghasilkan insulin, yang akan menyimpan makanan di dalam tubuh.
Beberapa asam amino lain yang tadinya terkandung di dalam darah bersama-sama dengan L-Tryptophan, akan masuk ke dalam sel otot. Akibatnya, akan terjadi peningkatan pada konsentrasi relatif L-Tryptophan dalam darah dan serotonin yang terbentuk membuat kita mengantuk. Itulah sebabnya mengapa sebabnya selepas makan berat biasanya kita akan mengantuk dan ingin tidur. Perlu diingat, buah merupakan bahan makanan yang mengandungi fruktosa yang dapat menimbulkan peningkatan kadar insulin. Dan untuk itu, makan buah dianjurkan sebelum makan nasi kerana untuk mengelakkan kerja berat dari pankeras menghasilkan insulin.
Jika makan nasi terlebih dulu, pankreas akan bekerja berat untuk memproses nasi dan protein yang ada dalam lauk pauk dan memerlukan masa berjam-jam. Dan jika buah dimakan selepas makan nasi, maka buah yang sudah berada di dalam perut akan mengambil masa yang lama untuk melalui proses penghadaman dan zatnya akan rosak terlebih dahulu sebelum sempat dihadamkan.
Kita tentu pernah melihat epal yang sudah dikupas kemudian terlalu lama dibiarkan maka lama-lama akan kuning dan boleh membusuk. Itu baru hanya terkena udara belum lagi dicampur dengan makanan di dalam perut kita? Sudah pasti buah akan membusuk sebelum sempat diproses.






Minuman 100 Plus Bukan Lagi Minuman Isotonik ?

Minuman 100 Plus sememangnya menjadi minuman kegemaran bagi mereka yang aktif bersukan dan melakukan apa jua aktiviti lasak dalam mengembalikan semula elektrolit yang telah hilang dari dalam badan..Walaubagaimana pun, kemunculan sebuah video yang mendakwa minuman 100 Plus bukan lagi minuman isotonik menjadi satu tanda tanya..Nak tahu betul ke tidak, jom tengok kat bawah ni.


Kalau dulu, bila kita mengalami demam, ramai orang yang mengesyorkan kita minum air 100 Plus banyak-banyak. Kalau kita ke Klinik pun, di samping ubat yang diberikan, doktor tersebut kadang-kadang memberi pilihan supaya minum air 100 Plus sebanyak mungkin.

Kini tidak lagi kerana khabarnya salah satu ramuan khas electrolyte, salah satu benda penting untuk orang demam, cirit atau tenaga untuk bersukan. Katanya semenjak Nov 2011, syarikat F&N Malaysia tidak lagi mengunakan beberapa ramuan tersebut. Nak tahu kepastian, sila check tin atau botol 100 Plus korang. 100 Plus kini di katakan tidak mempunyai 3 ramuan electrolyte iaitu Sodium Citrate, Potassium Phosphate and Calcium Phosphate. 100plus bukan lagi minuman isotonik yg sebenar. 


Ramuan Asal 100Plus: 


Carbonated Water, Sucrose, Glucose, Citric Acid, Sodium Citrate, Sodium Chloride, Potassium Phosphate and Calcium Phosphate.  


Ramuan Sekarang: 


Carbonated Water, Sucrose, Glucose, Sodium Chloride, 


Ramuan yg telah dikeluarkan: 


Citric Acid, Sodium Citrate, Potassium Phosphate and Calcium Phosphate. Edisi UK ade pulak ramuan tu.

Video:

crdt to: malaysiaria




Monday 15 October 2012

Palestin Menjadi Bumi Rebutan

BUMI Palestin telah menjadi rebutan sejak zaman Rasulullah lagi antara semua agama samawi dunia iaitu Islam, Yahudi dan Kristian.
TIADA apa lagi yang boleh ditulis di papan hitam sekolah di Palestin akibat terkena tembakan serangan tentera Zionis.

INTIFADA bermaksud kebangkitan. Bagi rakyat Palestin istilah tersebut melambangkan kebangkitan dalam menentang penindasan dan penjajahan rejim ganas Yahudi.
Kesannya, keyakinan rakyat Palestin semakin hari semakin meningkat manakala orang Yahudi di Israel pula mula rasa terancam.
Bilangan orang Yahudi yang berhijrah ke Palestin berkurangan manakala bilangan yang keluar dari negara tersebut semakin meningkat.
Kebangkitan penduduk tempatan dalam mempertahankan bumi Palestin itu turut memberi kesan kepada umat Islam di seluruh dunia.
Palestin adalah bumi yang sentiasa menjadi rebutan dalam sejarah ketamadunan dunia ketika di bawah pemerintahan Firaun serta berada di bawah kekuasaan Kristian Romawi (65 Sebelum Masihi hingga 638 Masihi).
"Rasulullah S.A.W. sendiri merupakan perintis dalam memulakan perjuangan membuka Palestin. Antaranya, baginda menghantar para sahabat menyertai peperangan Mu'tah pada tahun 630 Masihi, tahun berikutnya peperangan Tabuk dan menghantar Usamah Ibni Zaid ke medan pertempuran Ubna iaitu berdekatan Palestin.
"Walaupun baginda wafat sebelum sempat melihat kejayaan tersebut, perjuangan itu diteruskan oleh sahabat baginda, Abu Bakar as Siddiq.
"Umar al-Khattab berjaya membuka Palestin pada tahun 638 Masihi dan bermulalah era pemerintahan Islam di bumi berkenaan," kata Profesor Madya Dr. Zainur Rashid Zainuddin, Perunding Aman Palestin Berhad (Aman Palestin).
Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Intifada - Merintis Generasi Salahuddin pada Konvensyen Selamatkan Masjid Al-Aqsa Daripada Ancaman Zionis di Putrajaya baru-baru ini.
Berdasarkan sejarah, Peperangan Yarmouk merupakan pertempuran yang berlaku antara tentera Islam dan tentera Rom di Jordan. Ketika itu, 41,000 tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid al-Walid, berjaya menewaskan 70,000 tentera Rom yang terkenal dengan kelengkapan artileri.
Penyerahan kunci
Kekalahan tentera Rom di Yarmouk menjadikan peluang umat Islam menguasai Baitulmuqaddis terbuka luas.
Sehubungan itu, Umar dan seorang pembantunya telah pergi ke Baitulmuqaddis dengan menaiki unta bagi menemui pembesar-pembesar Rom bagi menguruskan penyerahan kunci Kota Baitulmuqaddis sekali gus kota tersebut berada di bawah penguasaan Islam tanpa berlakunya pertumpahan darah.
Zainur yang juga dekan di Sekolah Klinikal, Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU) Seremban memberitahu, setelah lama di bawah pengaruh Islam, berlaku tragedi pada tahun 1,099 Masihi apabila Palestin jatuh ke tangan tentera Salib.
Tentera Salib merupakan kempen ketenteraan yang dibentuk oleh gabungan negara-negara Eropah selama dua abad ke atas umat Islam dengan objektif menguasai Palestin dan sekitarnya selain menghalang perkembangan Islam di seluruh dunia.

Gabungan tentera Salib ini berjaya menakluk Baitulmuqaddis dan Palestin daripada kerajaan Abbasiyah yang telah mengorbankan tidak kurang 70,000 orang Islam.
Usaha pembebasan semula negara-negara Islam termasuk Palestin telah dimulakan oleh Imadudin Zinki, pemerintah wilayah Islam merangkumi Iran, Kurdistan dan Syria.
Beliau merupakan panglima perang yang berpegang kuat kepada ajaran Islam dan telah membangkitkan seruan jihad menentang tentera Salib.
Beliau mati dibunuh pada 541 Hijrah oleh golongan pengkianat dan digantikan anaknya Nuruddin Mahmoud Zanki. Sejak itu, makin ramai tokoh Islam berjuang membebaskan Palestin termasuk Solahuddin al-Ayyubi.
Solahuddin adalah tokoh yang telah berjaya berhadapan dengan tipu daya musuh dan telah menghafal al-Quran sejak kecil serta menguasai ilmu fiqah.
Beliau dilahirkan pada 532 Hijrah, dilantik menjadi menteri di Mesir sejak berusia 32 tahun dan meninggal dunia pada usia 56 tahun.
Seorang yang amat mengambil berat isu pembebasan Baitulmuqaddis. Semasa pemerintahannya beberapa wilayah Islam dapat disatukan termasuk membebaskan Masjid al-Aqsa pada 15 Oktober 1187 atau 27 Rejab 583 Hijrah.
Agenda Zionis
Seorang lagi Perunding Aman Palestin, Mejar Nadzri Musman yang membentangkan kertas kerja bertajuk, Bahaya Zionis berkata, zionis merupakan doktrin bagi merujuk sebuah gerakan orang Yahudi.
Pelbagai kezaliman telah dilakukan gerakan ini khususnya kepada rakyat Palestin. Rejim Zionis bercita-cita tinggi untuk menjadikan seluruh manusia sebagai hamba mereka.
"Zionis ialah sebuah gerakan politik kaum Yahudi yang tersebar di seluruh dunia dan berhasrat kembali ke Zion, bukit di kota Yerusalem, Palestin.
"Apabila wujudnya negara Israel pada 15 Mei 1948, tujuan zionis berubah menjadi pembela negara baharu ini selain berusaha mewujudkan Israel Raya (negara merangkumi Sungai Nil di Mesir dan Sungai Furat di Iraq)," kata Nadzri.
Pegawai Staf 2 Undang-Undang Syariah Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia (Kagat) ini memberitahu, zionis mempunyai kekuatan kewangan melalui bank-bank yang ditubuhkan. Mereka menjadikan sistem riba dan media massa sebagai alat untuk mencapai impian Yahudi.
Bagaimanapun katanya, tanda-tanda kehancuran Zionis telah bermula apabila penganiayaan dan kezaliman terhadap umat Islam khususnya di Palestin berakhir.
"Perjuangan rakyat Palestin terus berkumandang dengan bantuan dan pertolongan daripada masyarakat antarabangsa khususnya umat Islam," jelasnya.



oleh - Nasri Jamaludin






Tanda Awal Kanser


  • Kanser darah (leukemia) – pucat, letih,mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan (infleksi).
  • Kanser perut – hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit.
  • Kanser tekak – suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar menelam dan kelenjar membengkak di leher.
  • Kanser prostat – sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.
  • Kanser otak – sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/pitam, pelupa, perubahan personaliti.
  • Kanser limpa – sakit di bahagian abdomen(perut), hilang selera makan, turun berat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.
  • Kanser ovari - haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa bersanggama, ketumbuhan bulu rambut yang melampau, suara menjadi lebih mendalam.
  • Kanser pangkal rahim – sebarang lelehan, atau pendarahan yang luar biasa, sakit selepas bersanggama dan turun berat badan.
  • Kanser payu dara – bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada.
  • Kanser paru-paru – batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan.
  • Kanser usus besar – perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan, sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air besar.

Jaga 7 Sunnah Rasulullah

"Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.

Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.


malaysiaria

Bila Mak Dan Ayah Kata : Kita Kata


Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat.
Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu.
Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang.
Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum selesai.
Bila hati kita terguris, kita kata “Mak memang tak pernah faham”.
Bila hati kita terhiris, kita kata “Ayah memang tak ambil kisah”.

****** -Tetapi,. - ******

Bila hati mak kita terguris, mak kata “Tak apa, dia masih muda”.
Bila hati ayah kita terhiris, ayah kata “Tak apa, belum sampai akalnya”.
Bila kita menangis tanda lapar, mak berlari bagai hilang kaki.
Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena.
Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal.
Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga.

****** Hargailah kedua-dua ibu bapa kita selagi mereka masih hidup di dunia ini. Anak yang soleh sentiasa mendoakan dan mengingatkan ibu bapanya. Sesungguhnya anugerah yang paling berharga di dunia ini adalah kedua-dua ibu bapa.

kredit to: malaysiaria
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...