Sunday 3 March 2013

Sunnah Rasulullah ? Sunnah Yahudi ?


Assalamualaikum. Hari ini saya nak kongsikan kisah daripada ustaz saya. Kisahnya begini. Ketika ustaz berada di tingkatan 3 kalau tidak silap saya, dia bersekolah di sekolah maahad @ pondok. (saya tak berapa ingat). Pada ketika itu, kerajaan memberikan sumbangan buku yang banyak. Ustaz belek-beleklah buku yang ada di situ.
 
Dalam leka membelek buku-buku yang ada di situ, ustaz terjumpa sebuah buku yang tajuknya lebih kurang ’20 amalan sunnah yang telah dilupakan’. Nampak menarik. Ustaz pun baca. Alangkah terkejutnya ustaz apabila buku itu mengatakan lambang A itu adalah sunnah Yahudi. Terus ustaz saya simpan soalan ini dalam otak untuk bertanyakan kepada mereka yang alim.
 
          Ditakdirkan Allah, ustaz dapat menyambung pelajaran di Universiti Al-Azhar, Mesir. Pada malam itu, selepas habis pengajian daripada syeikh (saya tak ingat namanya siapa) di situ, ustaz mengambil peluang untuk bertanyakan soalan itu kepada syeikh yang mengajar tadi. Dilihat syeikh bersama Syeikh Yusuf Al-Qaradawi sedang duduk bersembang. Ustaz meminta kebenaran dan syeikh itu memberi kebenaran.
 
“Syeikh, apa hukum kalau kita buat begini? (sambil membuat lambang A)”

Syeikh menepis tangan ustaz saya. Syeikh Yusuf Al-Qaradawi terkejut.
“Biadap kamu.” kata syeikh itu sambil menuding tangan kepada ustaz saya.
 
“Kenapa syeikh? Kalau diikutkan kebiasaan orang Malaysia, kalau kami nak menunjukkan sesuatu, macam itulah yang kami guna.”
 
Syeikh menggeleng kepala. “Kalau kamu nak tau, itulah amalan Yahudi yang telah di ajarkan kepada kamu, warga Malaysia. Yahudi tidak akan boleh duduk senang selagi mana kamu tidak mengikut mereka. Jadi ini adalah tugas kamu untuk beritahukan hal ini kepada penduduk Malaysia.” ujar syeikh.

 
“Jadi, macam mana kami nak tukar daripada menggunakan lambang A itu?”

 
“Kamu gunakanlah begini, (sambil menunjukkan seperti lambang B). Itulah sunnah Rasulullah s.a.w.”

Ustaz mengangguk dan beredar.




Sajak Maharaja Cina Dinasti Ming Untuk Nabi Muhammad

Sajak Maharaja mengenai Baginda Nabi Muhammad Rasulullah. Hong-Wu (juga dikenali sebagai nama timangannya Zhū Yuánzhāng), adalah Maharaja China di antara tahun 1368 – 1398 CE. Beliau adalah Maharaja Pertama kepada Dinasti Ming, mengetuai batalion tentera yang meluaskan empayar untuk negaranya, dan berjaya menghalau puak utara dari Empayar Monggol (Dinasti Yuan).


Walaupun seorang yang non-Muslim,
Hong-Wu telah mengarahkan untuk membina beberapa MASJID BESAR di:
- negeri Nanjing,
- negeri Yunnan,
- negeri Guang Dong
- dan negeri Fujian.
Baginda membina semula Masjid Jinjue dalam negeri Nanjing,
dan sebahagian besar RUMPUN CINA bernama Hui (Cina Muslim)…
telah berpindah ke negeri ini ketika pemerintahan baginda.
TENTERA PADA ZAMAN BAGINDA:
Dalam pasukan tenteranya yang melebar…
baginda mempunyai 10 orang jeneral besar beragama Islam,
mereka yang dimaksudkan ialah termasuk:
- Jeneral Islam bernama Chang Yuchun
- Jeneral Islam bernama Lan Yu
- Jeneral Islam bernama Ding Dexing
- Jeneral Islam bernama Mu Ying
- Jeneral Islam bernama Feng Sheng
- Jeneral Islam bernama Hu Dahai.
Maklumat terahsia menunjukkan,
Isteri kepada Maharaja Hong-Wu iaitu Permaisuri Ma,
adalah keturunan keluarga Islam,
di mana dia sendiri berasal dari ahli kumpulan Muslim yang diketuai oleh Laksamana Guo Zhixin.
MEMUJI AGAMA ISLAM:
Maharaja Hong-Wu telah menulis kira-kira 100 huruf cina,
yang dipersembahkan untuk memuji Islam, memuji baginda Nabi Muhammad & Allah,
dan sajak cina ini telah diletakkan di sebuah Masjid yang pernah beliau arahkan untuk membinanya.
Susunan sajak ini sangatlah indah…
Setiap sajak mengandungi 4 huruf & 4 abjad…
di mana setiap 1 nya mempunyai makna sangat mendalam…
Sedikit terjemahan mudah untuk pemahaman pembaca.
SAJAK 100 PUJIAN (Terhadap Islam, Muhammad, Allah):
– sejak terciptanya galaksi ini
– tuhan telah mengangkat seseorang
– satu manusia akhlak beriman
– dari barat telah dilahirkan
– baginda menerima wahyu agung
– buku yang mengandungi 30
– untuk membimbing semua makhluk
– tuan kepada semua raja
– pemimpin 1 yang tersuci
– dengan bimbingan dari atas
– untuk melindungi negaranya
– bersama dengan solat 5 waktu
– dalam diam mengharap rahmat
– hatinya lurus kerana Allah
– mengangkat darjat si miskin
– menyelamatkan mereka dari sengsara
– melihat melalui warna kegelapan
– melalui hadir jiwa & ruh
– terasing dari salah & silap
– rahmat kepada sekalian alam
– menyelusuri rahsia yang silam
– memadam segala kejahatan
– agamanya bersih dan benar
– Muhammad, yang dihormati lagi terhebat.


Sejarah : Sabah, Brunei Dan Sulu, The Untold History


Sejarah Sabah, Brunei dan Sulu...  

1. Sekitar abad ke 6, hampir keseluruhan kepulauan Borneo adalah di bawah jajahan takluk Kesultanan Negara Brunei. Seperti juga Sarawak yang rata-ratanya menjadi tanah kuripan kepada golongan bangsawan dan juga pembesar dari Kesultanan Brunei maka begitulah juga sebaliknya kepada Sabah.

2. Segalanya bermula apabila berlakunya perang saudara di Brunei di antara Sultan Mohammad Ali dan Pengiran Bendahara Abdul Hakkul Mubin. Dikhabarkan persengketaan ini berlaku kerana anakanda Sultan Mohammad Ali telah dibunuh oleh Pengiran Muda Bongsu sewaktu menyabung ayam. Sultan Mohammad Ali telah bertindak membunuh Pengiran Muda Bongsu dan ini menyebabkan Pengiran Bendahara Abdul Hakkul Mubin ingin menuntut bela dan seterusnya mengambil alih puncak pemerintahan Sultan Mohammad Ali.

3. Pembunuhan Sultan Mohammad Ali telah menyebabkan Pengiran Bendahara Abdul Hakkul Mubin menaiki takhta selepas kemangkatannya. Sebagai langkah keselamatan, Sultan Abdul Hakkul Mubin telah berpindah ke Pulau Chermin, sebuah pulau di muara Sungai Brunei. Sultan Abdul Hakkul Mubin kemudian melantik anak saudara Sultan Mohammad Ali sebagai Pengiran Bendahara Brunei iaitu Pengiran Muda Muhyiddin.

4. Pengiran Muda Muhyiddin naik takhta sebagai Sultan Negara Brunei dengan bergelar Sultan Muhyiddin selepas kemangkatan baginda. Dan sewaktu pemerintahan Sultan Abdul Hakkul Mubin inilah kerajaan Brunei telah menghadiahkan Kesultanan Sulu yang dahulunya Adipati Brunei tetapi telah bertindak menubuhkan kesultanan sendiri kerana kelemahan empayar kesultanan Brunei pada masa itu. Malah apabila Sultan Abdul Hakkul Mubin memohon pertolongan malah kesultanan Sulu sanggup menghulurkan bantuan. Maka jadilah pantai Timur Borneo menjadi hak milik kepada Kesultanan Sulu pada tahun 1662.

5. Pada awal tahun 1760, satu perjanjian telah ditandatangani di antara Alexander Dalrymple dengan Kesultanan Sulu bagi membuka pangkalan perdagangan Syarikat Hindia-Timur British di Pulau Balembangan. Pulau Balembangan terletak kira-kira 20 batu dari utara Kudat. Kemudian nama Pulau Balembangan telah ditukar kepada Felecia Island. Setelah bertapak buat seketika akhirnyaSyarikat Hindia-Timur Bristish pada tahun 1805 meninggalkan Pulau Balembangan kerana dikatakan tidak membuahkan hasil seperti yang diharapkan.


6. Pada tahun 1878, Baron Gustavus Von Overbeck, Konsul Jeneral bagi empayar Austro-Hungarian yang berpangkalan di Hong Kong telah membuat perjanjian dengan Kesultanan Sulu untuk menyerahkan hak tanah di bawah kuasa Sultan Sulu kepada Syarikat Overbeck. Perjanjian ini telah memberikan Sultan Sulu mendapat $5,000 setahun daripada Syarikat Overbeck. Nilai $5,000 adalah nilai dalam dollar Mexico yang mana pada ketika itu bersamaan dengan nilai emas.

7. Pada tahun yang sama, Syarikat Overbeck telah mengalami masalah kewangan teruk dan akhirnya memohon bantuan kewangan daripada Alfred Dent, seorang jutawan British pada masa itu. Alfred Dent telah sanggup membantu dengan bersyarat iaitu hanya wakil British dibenarkan untuk menguasai perniagaan di Sabah. Akhirnya Baron Gustavus Von Overbeck yang berbangsa Austria telah menyerahkan keseluruhan perniagaannya di wilayah Sabah kepada Alfred Dent untuk diuruskan. Disinilah bermulanya pengaruh Syarikat Berpiagam Borneo Utara keatas tanah jajahan kerajaan Sulu di Sabah.

8. Pada tahun 1888, Syarikat Berpiagam Borneo Utara , Negara Sarawak dan Negara Brunei telah menandatangani satu perjanjian dengan Kerajaan Mahkota British iaitu menjadikan ketiga-tiga negara ini menjadi negara perlindungan bagi Kerajaan Mahkota British. Perjanjian ini akan memastikan bahawa tiada mana-mana negara di antara ketiga-tiga ini akan meluaskan empayar negara masing-masing dan sekiranya berlaku sesuatu peperangan maka mereka akan membantu di antara satu sama lain.

9. Semasa Perang Dunia Ke-2 iaitu semasa Jepun mulai meluaskan kuasanya ke Asia Tenggara, Sabah juga tidak terkecuali mendapat tempias sehinggakan ianya telah mengalami kemusnahan yang teruk. Syarikat Berpiagam Borneo Utara telah tidak mampu untuk membangunkan Sabah pada masa itu jadi pada tanggal 15 Julai 1946, Sabah secara rasminya telah diberikan kepada Kerajaan Koloni British dan menjadi jajahan takluk British. Sepanjang menjadi jajahan Syarikat Berpiagam Borneo Utara dan juga Koloni British, harga pajakan Sabah sentiasa dibayar kepada kerajaan Sulu.


10. Setelah Sabah merdeka pada 31 Ogos 1963 dan bergabung membentuk Federasi Malaysia bersama-sama dengan Sarawak dan Malaya serta Singapura (Singapura keluar pada tahun 1965), tugas untuk membayar kepada Kerajaan Sulu juga berpindah tangan. Saban tahun Kerajaan Persekutuan Malaysia tetap membayar Kerajaan Sulu sebanyak RM5,300.00 (Ditambah RM300 oleh Kerajaan Malaysia) juga bagi mematuhi Perjanjian 1878. Terdapat klausa di dalam Perjanjian 1878 yang menyatakan bahawa sewaan ke atas Sabah harus dibayar sehingga tidak ada matahari dan bulan ataupun pada ertikata sebenar “Sewaan Sampai Kiamat”.

p/s : Sekadar bacaan.. Kebenaran tak dapat dikenalpasti..Hanya pakar sejarah yang dapat menerangkan perkara sebenar.. 


Credit to: malaysiaria
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...