Friday 24 May 2013

Kotak Ini Berisi Sesuatu Yang Bernilai

Memberi hadiah kepada seseorang merupakan antara cara untuk kita menghargai seseorang. Tidak cukup itu lagi, ia merupakan tanda ingatan kita kepada si penerima. Tidak kisahlah sama ada  hadiah untuk kawan-kawan, suami isteri mahupun ibu bapa. Kali ini saya mahu berkongsi tentang seorang kanak-kanak yang berhajat mahu memberikan bapanya hadiah. Namun apakah hadiah yang diberikan oleh anaknya itu.


Satu hari ketika seorang ayah membeli beberapa gulung kertas bungkusan hadiah, anak perempuannya yang masih kecil dan manja sekali, meminta satu gulung.
“Untuk apa?” tanya si ayah.
“Nak bungkus hadiah” jawab si kecil.
“Jangan dibuang-buang ya.” pesan si ayah, sambil memberikan satu gulungan kecil.
Keesokan harinya, pagi-pagi lagi si kecil sudah bangun dan membangunkan ayahnya, “Yah, Ayah…….. ada hadiah untuk Ayah.”
Si ayah yang masih menggeliat, matanya pun belum lagi terbuka sepenuhnya menjawab, “Sudahlah…. nanti nanti saja.”
Tetapi si kecil pantang menyerah, “Ayah, Ayah, bangun Ayah, dah pagi.”
“Eh… kenapa ganggu ayah… masih terlalu awal lagi untuk ayah bangun.”
Ayah terpandang sebuah bungkusan yang telah dibalut dengan kertas pembungkus yang diberikan semalam.
“Hadiah apa ni?”
Hadiah hari jadi untuk Ayah. Bukalah Yah, buka sekarang.”
Dan si ayah pun membuka bungkusan itu.
Ternyata di dalamnya hanya sebuah kotak kosong. Tidak berisi apa pun juga.
“Eh.. kenapa kosong?? Tak ada isi di dalamnya. Kan Ayah dah kata jangan buang-
buang kertas bungkusan Ayah. Membazir tu”
Si kecil menjawab, “Tak Ayah….., ada isi tu… Tadi kan, Puteri masukkan banyak sekali ciuman untuk Ayah.”
Si ayah merasa terharu, dia mengangkat anaknya. Dipeluk dan diciumnya.
“Puteri, Ayah belum pernah menerima hadiah seindah ini. Ayah akan selalu menyimpan hadiah ini.
Ayah akan bawa ke pejabat dan sekali-sekala kalau perlu ciuman Puteri, Ayah akan mengambil satu. Nanti kalau kosong diisi lagi ya!”
Kotak kosong yang sesaat sebelumnya dianggap tidak berisi, tidak memiliki nilai apa-apa pun, tiba-tiba terisi, tiba-tiba memiliki nilai yang begitu tinggi. Apa yang terjadi?
Lalu, walaupun kotak itu memiliki nilai yang sangat tinggi di mata si ayah, namun di mata orang lain tetap juga tidak memiliki nilai apa pun. Orang lain akan tetap menganggapnya sebuah kotak kosong.
Moral:
Kosong bagi seseorang boleh dianggap penuh oleh orang lain.
Sebaliknya, penuh bagi seseorang boleh dianggap kosong oleh orang lain.
KOSONG dan PENUH – kedua-duanya merupakan produk dari “fikiran” anda sendiri.
Sebagaimana anda memandangi hidup demikianlah kehidupan anda.
Hidup menjadi bererti, bermakna, kerana anda memberikan erti kepadanya,
memberikan makna kepadanya.
Bagi mereka yang tidak memberikan makna, tidak memberikan erti, hidup ini ibarat lembaran kertas yang kosong.

6 Khasiat Tauge


Assalamualaikum dan selamat sejahtera, bila sebut pasal taugeh/tauge ni mesti ada yang tak suka dengan makanan ni, terutamanya golongan kanak-kanak. haha, tapi tahukah anda terdapat 6 khasiat tauge yang baik yang ramai tak tahu.. Antaranya ialah:

1. Cegah Kanser Taugeh yang terdiri daripada jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia yang berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine) iaitu sejenis asid amino yang mampu melumpuhkan punca kanser leukimia, usus besar dan pankreas.
2. Baik Untuk Wanita Taugeh juga mempunyai estrogen semulajadi yang berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam taugeh dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis). Pengambilan taugeh oleh wanita secara kerap dapat membantu mengelakkan dari kanser payudara, gangguan menjelang haid, simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.
3. Lebih Subur Taugeh juga mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan taugeh oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan lebih baik, begitu juga bagi kaum wanita yang dapat membantu meningkatkan tahap kesuburan.
4. Kurangkan Lemak Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung disebabkan oleh kadar lemak darah yang tinggi digalakkan mengambil lebih banyak menu taugeh dalam hidangan seharian. Saponi di dalam taugeh akan menghalau ‘lemak jahat’ LDL tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL kerana ketika kacang dicambahkan untuk dijadikan taugeh secara umum, kadar saponinya meningkat sehingga 450%.
5. Buang Kotoran Taugeh yang mengandungi banyak serat dan air yang berfungsi untuk membuang segala kotoran dalam usus besar. Apabila kotoran dihapuskan, tiada lagi zat dalam kotoran yang dapat diserap tubuh, ia mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang sel kanser.
6. Lebih Muda Taugeh juga padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Secara kesimpulannya taugeh merupakan sayuran yang boleh membuat kita lebih muda.

Crdt: http://www.nizarazu.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...