Sunday, 25 May 2014

Hukum Wanita Sebagai Pemimpin.

Amina Wadud sedang mengImamkan solat

DILEMA LARANGAN WANITA SEBAGAI PEMIMPIN
Perkembangan sosio-politik terkini telah menimbulkan polemik berkaitan isu ini. Biarpun begitu banyak dalil dan nas dari quran dan hadis yang menetapkannya, namun masih ada pihak-pihak yang mencari alasan untuk ‘membenarkannya’.
Kita mengakui beriman dengan mengikut alquran dan sunnah. Nabi SAW sudah jamin dalam khutbah terakhir baginda bahawa jika kita ikut kedua-duanya (bukan salah satu), akan dijamin kita tidak akan tersesat selamanya. Ironinya, walaupun banyak firman dan hadis yang menetapkan larangan ini, namun kita masih ingin mencabarnya.
Sunnah Nabi SAW adalah praktis baginda sejak dari menerima wahyu pertama hingga wafatnya. Tiada sejarah yang diriwayatkan adanya baginda atau khulafa’ ar-Rasyidiin melantik pemimpin dan ahli syuro umum dari kalangan wanita. Bahkan begitu bernilainya wanita sahingga ia wajib dihijabkan agar terpelihara dari tatapan umum. Bagaimana pula boleh ia dijadikan pemimpin umum yang pastinya akan mempamerkan diri di khalayak ramai?
DALIL YANG MELARANG DAN RASIONALNYA
Umum mengetahui bahawa terdapat kekurangan pada diri wanita itu pada fizikalnya, akalnya, dan emosi yang akan mempengaruhi fikirannya. Wanita juga mempunyai halangan-halangan tertentu, seperti perlukan mahram ketika bermusafir, tidak boleh menjadi wali, datang haid, hamil, menyusukan anak dan nifas. Itu fitrah penciptaan yang telah Allah SWT jadikan.
Pemimpin pula bekerja tidak tentu masa. Ia perlu mengambil tahu berkenaan keadaan rakyat yang memerlukan dia bermusafir ke wilayah jajahan serta bercampur gaul dengan orang ramai. Ada kalanya pemimpin perlu memimpin tentera dalam jihad, atau bersemuka dengan musuh untuk melaksanakan perjanjian.
Dalam Islam, pemimpin juga WAJIB mengikat baiat dengan umat dan kelompok-kelompoknya, samada lelaki maupun wanita, semasa aman maupun perang. Ini sangat tidak sesuai dengan keadaan wanita mengikut syarak.
Selain dari tiadanya amalan itu di zaman Rasulullah SAW, ia juga tidak pernah disaksikan oleh Ijmak di zaman para Khalifah al-Rasyidin dan Imam-imam kurun yang tiga. Padahal dalam kalangan mereka juga terdapat wanita-wanita yang terpelajar dalam ilmu agama yang menjadi rujukan dalam ilmu-ilmu al-Quran, hadis, dan hukum-hakam.
DALIL BERIKUT INI MENEGASKAN KEPIMPINAN DARI KALANGAN LELAKI, ATAU MELARANG PERLANTIKAN WANITA SEBAGAI PEMIMPIN SECARA MUHKAMAT (LANGSUNG).
Abu Bakrah r.a. berkata, tatkala ada berita sampai kepada Nabi SAW bahawa bangsa Parsi melantik puteri Kisro (gelaran raja Parsi dahulu) menjadi raja, baginda lantas bersabda,
“Suatu kaum itu tidak akan berjaya apabila mereka menyerahkan kepemimpinan mereka kepada wanita”.” (HR. Bukhari no. 4425, juga Imam at-Tirmizi, Imam an-Nasaie’)
“Sebaik-baik saf untuk laki-laki adalah paling depan sedangkan paling buruknya adalah yang paling belakang, dan sebaik-baik saf untuk wanita adalah paling belakang sedangkan paling buruknya adalah yang paling depan.” (HR. Muslim no. 440)
* * *
Berikut ini kami senaraikan dalil naqli dari alquran yang jelas menampakkan lelaki sebagai susuk pemimpin yang telah ditetapkan.
QS:4. An Nisaa' 34. “Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka atas sebahagian yang lain...”
QS:4. An Nisaa' 11. “Allah mensyari'atkan bagimu tentang anak-anakmu iaitu: bahagian seorang anak lelaki sama dengan bahagian dua orang anak perempuan; ..”
QS:16. An Nahl 43. “Dan Kami tidak mengutus sebelum kamu, kecuali lelaki yang Kami beri wahyu kepada mereka; maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui”,
QS:21. Al Anbiyaa' 7. “Kami tiada mengutus rasul rasul sebelum kamu melainkan beberapa orang-laki-laki yang Kami beri wahyu kepada mereka, maka tanyakanlah olehmu kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tiada mengetahui”.
QS:24. An Nuur 37. “Laki-laki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak oleh jual beli dari mengingati Allah, dan mendirikan solat, dan berzakat..” (wanita ada masanya uzur, tidak solat)
QS:6. Al An'aam 9. “Dan jika Kami jadikan seorang malaikat, tentulah Kami jadikan dia seorang laki-laki ..” (pemimpin yang berkuasa harus bersifat neutral, gagah dan ia ada pada lelaki).
QS:7. Al A'raaf 141. “..Mereka (Firaun dan kaumnya) membunuh anak-anak lelakimu dan membiarkan hidup wanita-wanitamu. Dan pada yang demikian itu cobaan yang besar dari Tuhanmu."
QS: 12. Yusuf 109. “Kami tidak mengutus sebelum kamu, melainkan orang laki-laki yang Kami berikan wahyu kepadanya diantara penduduk negeri.,,” (pemimpin adalah utusan rakyat).
QS: 14. Ibrahim 6. “.. mereka (pengikut Fir’aun) menyembelih anak-anak laki-lakimu, membiarkan hidup anak-anak perempuanmu; dan pada yang demikian itu ada cobaan yang besar dari Tuhanmu."
QS: 28. Al Qashash 4. “Sesungguhnya Fir'aun .. menyembelih anak laki-laki mereka dan membiarkan hidup anak-anak perempuan mereka. Sesungguhnya Fir'aun termasuk orang-orang yang berbuat kerusakan”.
QS: 37. Ash Shaaffaat 150. “Atau apakah Kami menciptakan malaikat-malaikat berupa perempuan dan mereka menyaksikan?”
* * *
DALIL BERIKUT INI PULA MENGKIASKAN KEPIMPINAN DARI KALANGAN LELAKI, ATAU MELARANG PERLANTIKAN WANITA SEBAGAI PEMIMPIN SECARA MUTSYABIHAT.
"Sesungguhnya dunia itu adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita shalihah." (HR. Muslim no. 1467)
"Siapa saja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melintasi suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina." (HR. Nasaii ibn Khuzaimah & Hibban).
“Bersikaplah yang baik terhadap wanita karena sesungguhnya mereka diciptakan dari tulang rusuk. Bahagian yang paling bengkok dari tulang rusuk tersebut adalah bahagian atasnya. Jika engkau memaksa untuk meluruskan tulang rusuk tadi, maka dia akan patah. Namun, jika kamu membiarkan wanita, ia akan terus bengkok, maka bersikaplah yang baik terhadap wanita.” (HR. Bukhari no. 5184)
“Aku tidak pernah melihat orang yang kurang akal dan agamanya yang mampu meluluhkan hati seorang laki-laki yang tegas kecuali kalian (wanita).” Mereka (para wanita) bertanya: “Apa yang menyebabkan kurangnya agama dan akal kami, wahai Rasulullah?” Beliau menjawab:
“Bukankah persaksian wanita seperti setengah persaksian seorang lelaki?” Mereka menjawab: “Ya.” Beliau menjawab: “Maka itulah yang dimaksud kurang akalnya. Bukankah apabila wanita haid, ia tidak solat dan puasa?” Mereka menjawab: “Ya.” Beliau bersabda: “Itulah yang dimaksud kurang agamanya.” (HSR. Bukhari 364 dan Muslim 79)
“Dan wanita menjadi pemimpin di rumah suaminya, dia akan diminta pertanggungjawaban mengenai orang yang diurusnya.” (HR. Bukhari no. 2409)
"Janganlah kalian melarang wanita-wanita kalian dari masjid-masjid, akan tetapi rumah-rumah mereka adalah lebih baik untuk mereka." (HR. Abu Daud dan Ibnu Khuzaimah; SHAHIH).
"Sesungguhnya wanita adalah aurat. Sehingga ketika ia keluar rumah, ia akan disambut oleh syaithan. Dan kondisi yang akan lebih mendekatkan dirinya dengan Rabbnya adalah ketika ia berada di rumahnya." (HR. Ibnu Khuzaimah; SHAHIH)
QS:Al-Ahzab-33:33. “Dan hendaklah kamu (para isteri) tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliyah dahulu….”
QS: Al-Baqarah-2:228 .. orang-orang lelaki mempunyai satu darjat kelebihan atas orang-orang perempuan.”
QS; An Nisaa'-4:32. "Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikurniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak dari sebahagian yang lain. Bagi orang laki-laki ada bahagian dari pada apa yang mereka usahakan, dan bagi para wanita ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan mohonlah kepada Allah sebagian dari karunia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu."
QS;Al Baqarah-2:282 “Dan persaksikanlah dengan dua orang saksi dari orang-orang lelaki. Jika tak ada dua orang lelaki, maka seorang lelaki dan dua orang perempuan dari saksi-saksi yang kamu ridhai, supaya jika seorang lupa maka yang seorang mengingatkannya.”
* * *
Mana mungkin wanita yang bersifat hiasan dan pada dasarnya bengkok mahu disamakan dengan fungsi lelaki yang bersifat qowwam dan tegak? Jika dasar sifat asal wanita itu sudah bengkok dan memerlukan faktor luaran untuk meluruskannya, bagaimana mungkin boleh kita mendapat kepimpinan yang lurus?
Musuh utama Allah seperti Firaun, Abu Jahal, Abu Lahab dan lain-lain semuanya lelaki. Demikian juga perosak negara dan penjenayah dari dahulu hingga kini. Jika ada wanita pun banyaknya dalam bentuk hasutan dan fitnah sahaja. Bagaimana pemimpin wanita mahu berhadapan dengan musuh-musuh lelaki begini?
Lebih penting lagi menyentuh urusan rumahtangga, penjagaan anak-anak dan suami. Ia sangat sesuai dengan fitrah wanita yang halus dan teliti. Anak-anak yang terdidik bakal membentuk watan negara yang baik. Sekiranya wanita berkelayakan ini memimpin institusi keluarga, dan lelaki yang berkelayakan pula memimpin sebuah negara dan rakyatnya dibentuk oleh wanita, maka ini sangat ideal. Ia saling sokong menyokong. Ini sangat tepat dengan mahunya Allah dan sunnah RasulNya serta tepat pula menurut hukum aqal.
Jika wanita keluar memimpin, maka anak dan suami akan terbiar dan liar. Akhirnya umat menjadi liar dan sukar dipimpin. Hari ini wanita terlalu berhasrat memimpin negara sedangkan anak dan suaminya terbiar liar menjadi perosak Negara akibat terlepas dari jagaan yang terbaik. Tidakkah terlalu banyak contoh begini di depan mata sekarang?
DALIL YANG MEMBENARKAN & PEMANSUHANNYA
Ramai yang keliru dengan fatwa dari golongan ulamak akhir zaman yang mengharuskan perlantikan wanita sebagai pemimpin. Ideologi ini banyak dikaitkan dengan pengaruh liberalisma dan pluralisma. Antara yang paling diikuti ialah fatwa peribadi dari Dr. Yusof al-Qaradhawi.
Kami telah membuat carian dan mensyurokan analisanya. Di antara dalil yang mereka gunakan dengan meluas ialah dengan memetik kisah Puteri Balqis, Sultanah Acheh, kepimpinan Aishah r.a. dalam perang Jamal dan beberapa potong ayat quran yang ditakwil sebagai memberikan kelonggaran wanita untuk memimpin.
Di samping ianya suatu amalan yang tidak pernah dilakukan oleh Nabi SAW, kami juga dapati hujjah yang dikeluarkan tidak secara berjamaah ini mudah disangkal. Kerana itu, jika kita perhatikan betul-betul, jelaslah takwil ayat-ayat yang dirujuk itu tidak dari Allah dan Rasullullah SAW.
QS:An-Nisa-4:82 “Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al-Qur`an? Kalau kiranya Al-Qur`an itu bukan dari sisi Allah, tentulah mereka mendapat pertentangan yang banyak di dalamnya.” (ada bezanya mentakwil melalui tafakur dengan memerhati dengan tadabbur).
Antara contoh hujjah utama yang diguna oleh golongan yang menyokong juga ialah mengambil contoh kepimpinan Puteri Balqis (QS. An-Naml:23-24), yang dipetik dari firman berikut,
An-Naml 23-24: “Sesungguhnya aku menjumpai seorang wanita yang memerintahkan mereka, dan dia dianugerahi segala sesuatu serta mempunyai singgasana yang besar. Aku mendapati dia dan kaumnya menyembah matahari, selain Allah; dan syaitan telah menjadikan mereka memandang indah perbuatan-perbuatan mereka lalu menghalangi mereka dari jalan (Allah), sehingga mereka tidak dapat petunjuk”,
Kita harus baca kisah ini secara keseluruhan. Kesimpulan ringkasnya ialah, kepimpinan Puteri Balqis itu adalah sebelum beliau beriman. Jelas kelihatan ia menjadi takut dan menyerah kalah dengan mudah melalui jalan pintas iaitu dengan menawarkan hadiah kepada nabi Sulaiman a.s.. Akhirnya beliau dikalahkan oleh Nabi Sulaiman a.s., seorang LELAKI utusan Allah. Jadi, kami tidak nampak mengapa ini boleh dijadikan hujjah untuk mempengaruhi umat membenarkan wanita menjadi pemimpin?
Adapun hujjah mencontohi kepimpinan Ummul Mukminin A’isyah r.ha dalam peristiwa perang Jamal sangat rapuh. Pertama ia berlaku selepas Nabi SAW wafat yang memang telah mewasiatkan agar beliau tidak keluar rumah. Keduanya kerana beliau sendiri mengaku tersilap dan kesal. Bukanlah beliau keluar untuk berperang tetapi untuk mendamaikan. Apa yang berlaku adalah fitnah dan kekeliruan angkara kaum munafiqin.
Dalil akal terkini merujuk kepimpinan Sultanah Acheh juga rapuh. Selain ia membawa kekalahan, ia juga berlaku jauh dari sirah Rasul. Selain dalil besar itu, dalil-dalil mereka yang lain seperti berikut ini juga terlalu rapuh untuk menghalalkan apa yang jelas telah nabi tegah ini.
Surah At-Taubah:71 yang mengatakan “..lelaki dan perempuan, sebahagian mereka menjadi penolong bagi sebahagian yang lain..” >>> Ini merujuk kepada peranan bersama membentuk keluarga dan warganegara. Wanita melahir dan mendidik di rumah agar lelaki lebih mudah memimpin anak watan yang terdidik itu di luar.
Al-Baqarah: 228, “isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama..” dalil ini dimansuhkan oleh ayat itu sendiri kerana di hujungnya Allah katakan, “..lelaki mempunyai satu darjat kelebihan atas orang-orang perempuan..”.
HAD KEPIMPINAN WANITA
Amina Wadud sedang mengImamkan solat

“Dan wanita menjadi pemimpin di rumah suaminya, dia akan diminta mempertanggungjawabkan mengenai orang yang diurusnya.” (HR. Bukhari no. 2409)
Ini adalah antara batasan kepimpinan yang jelas telah dinukilkan selain dari begitu banyak hadis dan firman yang lain. Kerana itu pihak-pihak yang mengharuskan kepimpinan wanita turut mensyaratkan yang berikut :-
  1. Dr. Yusof al-Qaradhawi menyatakan syarat kepimpinan wanita adalah mereka terbukti tidak gagal dalam mengurus anak-anak dan suami. Beliau meletakkan syarat umur 45 ke atas.
  2. Tiada pemimpin lelaki yang lebih layak untuk menyandang jawatan tersebut ketika itu.
  3. Pemimpin wanita ini tidak membuat keputusan secara peribadi dalam memutuskan hal-hal besar negara, bahkan mestilah membuat keputusan secara kolektif dan syuro bersama pemimpin pelbagai peringkat. Ini merujuk kisah Puteri Balqis yang sebenarnya belum Islam ketika sunnah kepimpinannya dirujuk.
  4. Wanita yang terlibat dalam hal kepimpinan sudah tentu akan berlaku percampuran yang banyak dengan kaum lelaki . Maka menjadi kewajiban baginya untuk memelihara adab-adab Islam semasa keluar rumah seperti berhijab dengan sempurna, sentiasa ditemani mahram, tidak berwangian dan semua larangan syarak. Ini yang hampir mustahil untuk dipenuhi.
  5. Mendapat kebenaran suami dan wali.
  6. Wanita hanya boleh memimpin kalangan wanita, khususnya dalam hal ehwal kewanitaan sahaja. Ini bukanlah diskriminasi Islam terhadap wanita. Ia adalah satu keadilan, iaitu meletakkan sesuatu kena pada tempatnya, sesuai dengan fitrah penciptaan wanita itu sendiri.

Para pengamal Feminisme, Pluralisme, Liberalisme dan ‘Sister In Islam’ (SIS) yang berusaha keras untuk mengangkat hak wanita menjadi sama rata dengan lelaki perlu dibendung. Fahaman ini telah meluaskan legasi Amina Wadud yang dengan berani bertindak melanggar batasan syariat dengan mengimami solat, walhal belakangnya disertai makmum lelaki. Janganlah kita terikut-ikut fitnah Dajjal ini.
“Barang siapa yang menyerupai suatu kaum maka ia termasuk dari mereka.” (HR. Abu Dawud dan dishahihkan oleh Ibnu Hibban).
Bagaimana harus kita terima wanita sebagai pemimpin sedangkan fitrah mereka sendiri memerlukan wali berupa lelaki sejak dari dalam rumah lagi. Walaupun Mariam yang melahirkan Isa a.s, tetapi Isa yang jadi nabi dan rasul, tidak Mariamnya. Begitu juga Siti Hajar yang melahirkan Ismail.
“Apa saja yang diberikan Rasul kepadamu, maka terimalah dia dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggalkannya….” (Al-Hasyr: 7)
Ketetapan tidak melantik pemimpin di kalangan wanita ini jelas dalam quran dan adalah amalan Nabi SAW hinggalah jatuhnya empayar Islam Uthmaniyyah. Ia seharusnya menjadi pegangan kita sampai bila-bila.. Mengingkari perkara ini, bererti kita mempertikaikan keadilan penciptaan Allah Ta’ala terhadap manusia seluruhnya!
Akhirnya bagi yang bertanya, pegangan kami adalah wanita tidak layak dilantik sebagai pemimpin. Jika dengan begitu banyak dalil dan huraian di atas masih ingin kita langgar, maka bersedialah menerima kifarahnya. Kami telah kongsikan hidayah ini dan kemi berlepas diri.
Crdt to: WargaPerihatin

Friday, 23 May 2014

Mandi Wajib


MANDI WAJIB | Ramai Yang Tidak Sah Mandi Wajibnya?
Jangan Pandang Remeh Bab ni.....
Assalamualaikum, Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.

Mandi wajib yg betul….. Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.
Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah. Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua, menghilangkan najis di badan.Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.” Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan. Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?.. Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik. Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Panduan Tambahan:
1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Rahsia 13 Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……
1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.
13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.
Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!” Wassalam.

“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain

CRDT: Rahsia Hawa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...