Showing posts with label Sopan. Show all posts
Showing posts with label Sopan. Show all posts

Wednesday, 17 April 2013

Kisah Imam dan pemandu bas di kota London


Seorang imam masjid di London, setiap hari pergi dan balik dari rumahnya ke masjid dengan menaiki bas awam. Tambang bas dibayar menggunakan kad, atau langsung ke pemandu kerana bas tersebut tidak mempunyai konduktor. Setelah membayar, baru kemudian dicari tempat duduk kosong. Pada hari itu, Si Imam tidak mempunyai wang kecil lantas membayar dengan menggunakan wang yang agak besar dan setelah bakinya dipulangkan beliau lantas mencari bangku kosong untuk duduk.

Di tempat duduknya beliau mengira semula baki wang yang dikembalikan oleh pemandu bas tetapi ternyata wang yang dikembalikan lebih sebanyak RM1.00. Sejenak beliau pun berfikir ".. patut dipulangkan atau tidak wang ini? Ah cuma RM1.00. Lagi pula pemandu seorang kafir… atau aku masukkan sahaja wang ini ke tabung sedekah di masjid…?" Setelah sampai di destinasi, beliau pun hendak turun bas dengan berjalan melalui pembantu bas tersebut. Di dalam hatinya masih bergejolak atas lebihan wang RM1.00 itu, antara dipulangkan atau tidak. Namun ketika sampai di dekat pemandu bas, spontan imam menghulurkan RM1.00 sambil berkata: “Wang yang dikembalikan tadi lebih RM1.00”. Tanpa disangka tanpa diduga.. pemandu bas itu berkata: “Anda berjaya..!!!” “Apa maksud anda..?” tanya imam masjid. “Bukankah anda imam masjid yang di sana tadi?” tanya pemandu bas. “Betul” jawabnya. Lantas pemandu bas itu berkata… “Sebenarnya sejak beberapa hari ini saya ingin datang ke masjid anda untuk belajar dan memeluk Islam.. tapi timbul keinginan di hati saya untuk menguji anda sebagai imam masjid, apa benar Islam itu seperti yang saya dengar: jujur, amanah dan sebagainya. Saya sengaja memberikan kembalian berlebih dan anda berhasil. Saya akan masuk Islam,” kata pemandu tersebut.. Alangkah tercengangnya imam masjid tersebut, sambil beristighfar menyesali apa yg difikirkannya tadi. Hampir saja ia kehilangan seorang saudara baharu hanya dengan wang RM1.00 itu. Astaghfirullah… Semoga peristiwa seperti ini menjadi pengajaran buat kita semua untuk sentiasa bersikap sebagai seorang muslim sejati di mana-mana sahaja, bila-bila sahaja dan di hadapan siapa jua.


Monday, 15 October 2012

Bila Mak Dan Ayah Kata : Kita Kata


Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat.
Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu.
Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang.
Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum selesai.
Bila hati kita terguris, kita kata “Mak memang tak pernah faham”.
Bila hati kita terhiris, kita kata “Ayah memang tak ambil kisah”.

****** -Tetapi,. - ******

Bila hati mak kita terguris, mak kata “Tak apa, dia masih muda”.
Bila hati ayah kita terhiris, ayah kata “Tak apa, belum sampai akalnya”.
Bila kita menangis tanda lapar, mak berlari bagai hilang kaki.
Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena.
Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal.
Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga.

****** Hargailah kedua-dua ibu bapa kita selagi mereka masih hidup di dunia ini. Anak yang soleh sentiasa mendoakan dan mengingatkan ibu bapanya. Sesungguhnya anugerah yang paling berharga di dunia ini adalah kedua-dua ibu bapa.

kredit to: malaysiaria

Monday, 6 August 2012

13 Perkara Wanita Perlu Jaga


1. Bulu kening
Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening – Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.
2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng
Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah
3. Wangian
Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang – Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.
                                                        
4. Dada
Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.
5. Gigi
Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani
Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
6. Muka dan leher
Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.
7. Muka dan Tangan
Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecu ali pergelangan tangan dan wajah saja – Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.
8. Tangan
Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya – Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.
9. Mata
Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.
10. Mulut (suara)
Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik – Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.

Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi – Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.
11. Kemaluan
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya – Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.
12. Pakaian
Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.

Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
13. Rambut
Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.


Sunday, 5 August 2012

Kenapa Ramai Muslimah Degil Tidak Mahu Labuhkan Baju Mereka ?



Ini bukan entri lucah. Ini kebenaran yang pedih dan pahit.

Wanita Islam sekalian. Labuhkanlah baju yang anda pakai sehingga ke paras bawah punggung. Sememangnya itulah yang diarahkan di dalam syariat Islam dan juga yang beribu kali ditegur oleh para ustaz ustazah. Namun, apa yang dapat kita lihat di dalam masyarakat Malaysia, ramai wanita Islam, khususnya yang Melayu mengambil ringan akan isu baju sendat dan singkat ini dan tidak berasa risau menayangkan bentuk punggung mereka kepada lelaki bukan muhrim di tempat awam.

Ada hikmah Islam menyuruh setiap Muslimah agar melapangkan dan melabuhkan pakaian yang dipakai mereka. Sebab paling jelas ialah kerana punggung adalah bahagian tubuh wanita yang digilai secara seksual oleh para lelaki yang normal selain daripada buah dada dan faraj wanita. Disebabkan itu, Islam mahu setiap wanita Islam memelihara dan melindungi bahagian itu daripada dinikmati oleh mata-mata lelaki yang bukan suami mereka.

Punggung berisi, sengaja pakai baju yang singkat. Wanita yang lebih gedik pula akan sengaja memadankannnya dengan seluar slack atau jeans sendat untuk lebih menyerlah. Di manakah sensiviti agama dalam soal berpakaian di kalangan wanita-wanita kita hari ini ? Ramai wanita Islam kita mengikutkan rasa hati mereka yang mahu berlumba-lumba mempertunjukkan keindahan rupa bentuk badan masing-masing. "Lihatlah dunia, buah dadaku yang besar dan punggungku yang gebu !" kata hati mereka.

Wanita jenis apakah yang merasa bangga diri apabila ramai lelaki yang berselisih terpaku biji mata dan memfantasikan keseksian bentuk buah dada dan punggung yang mereka sengaja pamerkan di khalayak ramai ? Tidak rasa segan. Tidak rasa malu sebaliknya rasa bangga dan berkeyakinan pabila ramai lelaki di luar memandang mereka dengan penuh nafsu seksual. Adakah wanita yang bermaruah wajar berkelakuan sebegini rupa ?

Biarkan hanya suami yang tersayang sahaja yang boleh melihat keindahan fizikal tubuh badan anda terutama sekali bahagian punggung tersebut. Fikir-fikirkan !

Monday, 9 April 2012

Lima langkah elak anak mencarut



SEJAK dilahirkan lagi, bayi sudah mula berkomunikasi dengan alam sekelilingnya khususnya ibu bapa. Namun, pada peringkat awal,  bayi berkomunikasi dengan cara yang berbeza iaitu berkomunikasi melalui bahasa badan dan tangisan sehinggalah bayi itu mula menyebut perkataan ‘mama’ atau ‘mak’.
Komunikasi di kalangan kanak-kanak adalah satu cara untuk menyampaikan maksud hati atau mempertahankan diri dalam bentuk perkataan atau bahasa badan dan mahu difahami dan disayangi. Pada peringkat awal, mungkin komunikasi kanak-kanak tidak dipengaruhi dengan unsur negatif seterusnya mendedahkan mereka kepada mencarut. Namun, setelah mereka meningkat usia, perkara ini sukar dibendung.
Biar pun begitu, Pensyarah Psikologi dan Pembangunan Manusia, Foundation Studies and Extension Education (FOSEE), Universiti Multimedia, Hawa Rahmat berpendapat komunikasi di kalangan kanak-kanak kebiasaannya akan dipengaruhi oleh orang di sekelilingnya terutama ibu dan bapa. Kanak-kanak akan lebih terdedah kepada mencarut jika  mereka kerap kali mendengar perkataan, perbuatan atau gambar negatif atau mencarut. Lama-kelamaan, besar kemungkinan mereka akan membesar dengan bahasa yang tidak baik.
Bagi menangani masalah ini agar tidak berleluasa,  Hawa Rahmat mengambil kira beberapa langkah di bawah:
IBU BAPA CONTOH TERBAIK
Ibu bapa perlu menjadi contoh terbaik kepada anak-anak dalam mendidik mereka berkomunikasi. Sebagai ibu bapa,  gunakan bahasa yang baik dalam berkomunikasi. Elakkan diri daripada menggunakan perkataan yang kasar seperti ‘bodoh’. Teori ‘social learning’ atau ‘modelling’ ada mengatakan bahawa kanak-kanak belajar melalui pemerhatian.
PANTAU RANCANGAN TV
Di samping itu, cuba peruntukkan sedikit waktu bersama anak-anak. Dengan cara ini, anda dapat memantau rancangan televisyen(tv) yang mereka tonton. Di samping itu, perhatikan kata-kata (dialog) yang digunakan oleh watak dalam rancangan tersebut. Kadang kala penggunaan perkataan yang tidak sesuai sangat jelas dan kerap kali digunakan dalam setiap rancangan kartun sama ada alih bahasa atau rancangan kartun terbitan tempatan seperti perkataan ‘tak guna’. Sebagai orang yang lebih dewasa, cuba anda terangkan bahawa perkataan itu tidak sesuai digunakan dalam percakapan harian. Cuba jelaskan secara terperinci berserta contoh agar mereka memahaminya.
PIHAK BERWAJIB MAINKAN PERANAN
Oleh kerana terlalu banyak rancangan kartun dialih suara dan kerap kali menggunakan perkataan yang tidak manis di sebut anak-anak, oleh itu pihak berwajib harus tampil ke hadapan untuk membendung masalah ini. Sekatan atau tapisan harus dibuat agar perkara ini tidak berleluasa seterusnya menyebabkan kanak-kanak terpengaruh dengan perkara-perkara tidak elok.
TERAPKAN NILAI KEAGAMAAN DALAM PERTUTURAN
Menurut sebuah hadis ‘kanak-kanak yang baru dilahirkan itu adalah fitrah, ibu bapalah yang mencorakkan ...’,  jadi mulakanlah setiap hari dengan perkataan yang baik-baik. Dalam Islam sendiri, segala perbuatan  yang dilakukan perlu dimulakan dengan ucapan ‘bismillah’. Melalui cara ini, anak-anak akan belajar dan mengikut perbuatan ibu bapanya. Sekiranya, ibu bapanya mencarut maka anak juga akan mencarut.
KAWAL PERGAULAN KANAK-KANAK
Perkara paling penting yang harus ibu bapa lakukan adalah mengawal pergaulan anak-anak. Setiap saat, anda harus pastikan anak-anak anda bersama dengan siapa, apa yang dibuat dan kata-kata yang dia gunakan. Jika dibiarkan tanpa pemantauan, anak-anak akan rasa bebas, seterusnya membuat apa sahaja yang mereka mahukan. Sekiranya ibu,bapa lambat menyedari  akan pengaruh yang tidak baik ini kepada anak-anak mereka sedangkan anak-anak mereka sudah terbiasa dengan keadaan itu, maka ia akan menyebabkan anak memberontak dan berfikir ibu bapanya tidak menyayangi mereka lagi. Jadi, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Saturday, 24 March 2012

15 Anugerah Yang Allah Berikan Kepada Perempuan

 1. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis tersebut. Lalu Baginda bertanya, “Adakah kamu menyembahyangkan mayat?” Jawab mereka,“Tidak”. Sabda Baginda, “Seeloknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat kaum orang lelaki.”

2. Wanita yang memerah susu binatang dengan ‘Bismillah’ akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

3. Wanita yang menguli tepung gandum dengan ‘Bismillah’, Allah akan berkatkan rezekinya.

4. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah ( Kaabah).

5. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi.”

6. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat.”

7. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat.”

8. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatit baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.”

9. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya.”

10. Sabda Nabi s.a.w. : “Ya Fatimah setiap wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum kepadanya dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shiratul Mustaqim.”

11. Jika suami mengajarkan atau menerangkan kepada isterinya satu masalah agama atau dunia dia akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

12. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga dan menunggu kedatangan suaminya dengan menunggang kuda yang diperbuat daripada permata yakut.

13. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.

14. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).

15. “Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggembirakan kamu, jika engkau memerintahnya ia mentaati perintah tersebut dan jika engkau bermusafir dia menjaga harta engkau dan dirinya.” Maksud hadis: Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...