Thursday, 5 April 2012

5 orang yang terkenal mati ketika melakukan hubungan seks

Hubungan seks jika dilakukan sesuai dengan norma-norma yang ada dan dengan pasangan yang sah merupakan perkara yang begitu menyenangkan dan sarana untuk melepas stress. Namun hubungan seks banyak juga negatifnya selain boleh menyebabkan penyakit kelamin, kehamilan bahkan boleh menyebabkan kematian. Hubungan seks seperti apa yang boleh menyebabkan kematian? Baca artikel sebelumnya Lima penyakit menular seksual yang disebarkan lelaki. Ini senarai lima orang terkenal yang terkorban akibat hubungan seks.


Jack McConaughey

Kay McConaughey yang merupakan ibu dari Matthew McConaughey mengatakan bahawa suaminya meninggal ketika sedang berhubungan seks dengan dirinya. Ia bahkan mengatakan bahawa hal itu merupakan cara mati yang terbaik















Felix Faure

Felix Faure adalah bekas presiden Perancis. Kisah Felix ini mengingatkan kita pada kisah Bill Clinton dan Monika Lewinski namun bezanya Felix ini mati semasa sedang menikmati blowjob dari Marguerite Steinheil. Steinheil ini juga menjadi simpanan beberapa orang terkenal setelah Felix meninggal.













Michael Hutchence

Agaknya bekas vokalis dari band INXS ini memang ketagihan seks, ia mati kerana masturbasi. Ia meninggal dengan keadaan telanjang dengan tali pinggang di lehernya, ia meninggal akibat autoerotic asphyxiation iaitu masturbasi dengan cara mencekik diri sendiri.













Nelson Rockefeller

Benar-benar memalukan apa yang dialami oleh bekas wapres Amerika ini ia meninggal terkena serangan jantung pada semasa hubungan seks dan sialnya lagi wanita tersebut bukan isterinya melainkan pasangan curangnya yang bernama Megan Marshak.













Atilla the Hun

Kisah ini cukup ironis kerana yang dilakukan Atilla The Hun salah satu pejuang besar dalam sejarah memang cukup menyedihkan. Ia terkena serangan jantung saat berhubungan seks di malam pertama dengan isterinya.

Akibat Menjahilkan Manusia, mayat Mustafa Kamal Attartuk tidak diterima oleh bumi?



-Marilah kita sama-sama mengambil iktibar dari kisah ini..-


Kematian Kamal Atartuk yang menyeksakan di saat kematiannya, telah didatangkan beberapa penyakit oleh Allah SWT kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia. Antaranya ialah:

1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.

2. Sakit jantung.

3. Penyakit darah tinggi.

4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau. Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk. Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang!

Pada 26 September 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan. Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.

Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya. Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya). Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap catatan) selama 15 tahun sehingga tahun 1953.

Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan.

Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa, "jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!"

Apa yang telah dia lakukan hingga sedemikian azab dunia yang diterimanya?
1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.

2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak barat).

3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.

4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden."

5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.

6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.

7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.

8. Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.

9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.

10. Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.

11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.

12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.

13. Menukarkan Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.

14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.

15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.

16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara Islam.

17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.

18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan di mana tuhan tinggal?" oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal Atartuk adalah tuhan" beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

Sunday, 1 April 2012

Para Nabi Solat Di Dalam Kubur


ANTARA nikmat yang diperoleh daripada kehidupan di alam barzakh ialah melakukan solat dalam kubur secara hakiki dan bukannya khayalan ataupun imaginasi semata-mata. Banyak hadis yang diriwayatkan berhubung perkara ini. Antaranya daripada Anas ibn Malik beliau berkata, Rasullullah SAW bersabda: "Para Nabi sebenarnya hidup di dalam kubur mereka; melakukan solat." (Riwayat Abu Yaala dan Al-Bazzar, Majma 'Al-Zawaid: Juzu' 8: Halaman: 211).
Telah berkata Imam al-Hafiz al-Baihaqi dalam riwayat daripada Anas ibn Malik, daripada Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya para nabi tidak dibiarkan di dalam kubur-kubur mereka setelah 40 malam, tetapi mereka solat di hadapan Allah SWT sehinggalah hari ditiup sangkakala."
Imam al Baihaqi berkata: "Sekiranya benar hadis tersebut dengan lafaz ini, maka maksudnya ialah - Allah lebih mengetahui segalanya - mereka tidak dibiarkan melakukan solat di dalam kuburnya kecuali selama tempoh ini. Kemudian, mereka berpindah melakukan solat di hadapan Allah SWT. "
Imam al-Baihaqi berkata lagi: "Adapun hidupnya para nabi selepas kewafatan mereka, terdapat bukti daripada hadis-hadis yang sohih."
Kemudian Imam al-Baihaqi menyebutkan sebuah lagi hadis melalui sanadnya: "Aku melalui (tempat adanya) Musa AS dan aku dapati dia sedang berdiri mengerjakan solat di dalam kuburnya."
Beliau juga menyebut hadis ini: "Aku telah melihat diriku berada di dalam kumpulan para nabi, maka aku melihat Musa AS sedang berdiri mengerjakan solat, beliau adalah seorang lelaki yang kurus dan mempunyai rambut kerinting seperti lelaki dari kaum Syunu'ah (di Yaman), kedapatan juga Isa anak Maryam AS yang berdiri menunaikan solat dan lelaki yang paling hampir rupa dengannya ialah Urwah ibn Mas'ud al-Thaqafi, kedapatan juga Ibrahim AS yang berdiri menunaikan solat, beliau serupa dengan sahabat kalian ini (iaitu Baginda SAW), maka tibalah masa untuk bersolat dan aku pun mengimami mereka. Apabila selesai solat, berkata seseorang, "Wahai Muhammad! Ini adalah Malik penjaga neraka, maka ucapkanlah salam kepadanya." Maka aku pun berpaling ke arahnya dan beliau mendahului aku mengucapkan salam." (riwayat Muslim dan Abd Razzaq dalam Musannafnya)
Telah berkata al-Baihaqi di dalam Kitab Dalail al Nubuwwah: "Dalam hadis sohih riwayat daripada Sulaiman al Taimi dan Thabit al Bunani, daripada Anas ibn Malik bahawa Rasulullah SAW bersabda: Aku bertemu dengan Musa AS pada malam aku diperjalankan (isra') di Kathib al Ahmar (suatu tempat di Palestin), dan dia ketika itu, sedang berdiri mengerjakan solat di dalam kuburnya. Saya berkata (Hadis ini adalah sohih)." (Riwayat Muslim daripada Anas RA)
Maka tanpa syak lagi, bahawa sebab dikurangkan solat ke atas kita daripada 50 kepada lima solat sahaja adalah kerana (nasihat) Nabi Musa AS yang telah wafat dan telah sempurna menunaikan segala risalah Tuhannya.
Baginda Rasulullah telah kembali ke pangkuan Allah SWT, tetapi Bagindalah penyebab sampainya sebesar-besar nikmat kepada umat Nabi Muhammad SAW ketika mana Nabi Musa memohon supaya Nabi Muhammad kembali menemui Tuhannya untuk meminta pengurangan.
Nabi Musa bersabda: "Mintalah kepada Tuhanmu supaya dikurangkan (solat) kerana umatmu tidak akan mampu untuk melaksanakannya."
Adakah peristiwa pengulangan Rasulullah itu benar-benar berlaku atau sekadar khayalan? Adakah ia terjadi dalam keadaan jaga atau tidur? Adakah ia benar atau suatu penipuan? Adakah Nabi Musa telah wafat atau masih hidup sehingga waktu peristiwa ini berlaku?
Al Hakim telah meriwayatkan dan mensohihkan hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas RA : "Bahawa Nabi ketika melalui suatu lembah, baginda SAW bersabda: "Lembah apakah ini?" Mereka menjawab: "Lembah ini dan ini." Baginda bersabda: "Saya seakan-akan melihat Yunus AS sedang berada di atas seekor unta yang mempunyai kekang daripada sabut kurma dan dia memakai jubah daripada bulu kambing."
Nabi Yunus AS bersabda: "Saya sahut panggilan-Mu, ya Allah!" (Al-Suyuti, Al-Durr Al-Manthur, 4:234)
Dalam hadis yang lain menyebut: "Pada suatu malam, aku melihat diriku berada di sisi Kaabah. Maka aku melihat seorang lelaki berkulit sawo matang seperti lelaki berkulit sawo matang yang paling segak yang pernah kamu lihat. Dia mempunyai rambut panjang secantik yang pernah kamu lihat, dia telah menyikatnya dan menitis air daripadanya. Dalam keadaan berteleku di atas dua orang lelaki - atau di atas tengkuk dua orang lelaki - dia mengerjakan tawaf di Baitullah.
Aku pun bertanya, "Siapakah ini?" Maka dikatakan, "Ini adalah al-Masih anak Maryam AS."
Dalam hadis yang lain menyebut: "Sesungguhnya Rasullullah SAW melalui kawasan wadi al Azraq, lalu Baginda SAW bersabda: "Aku seakan-akan melihat Nabi Musa AS sedang menuruni sebuah bukit. Dia mengangkat suaranya mengucap talbiah. "
Kemudian baginda pergi ke lembah Harsya, lalu bersabda: "Aku seakan-akan melihat Yunus ibn Matta AS di atas seekor unta merah yang kerinting bulunya, memakai jubah daripada bulu dan kekang unta daripada pulur pohon kurma, beliau ketika itu sedang bertalbiah." Dalam hadis yang lain, disebut: "Aku seakan-akan melihat Musa AS sedang meletakkan dua jarinya di kedua belah telinganya."
Hadis-hadis yang dinyatakan di atas terdapat dalam kitab sohih. Demikian juga solat yang mereka dirikan dan Nabi menjadi imam ketika solat bersama mereka. Peristiwa itu tidak dikatakan dilihat dalam mimpi, hanya kerana sabda Baginda: "Aku melihat diriku" - menunjukkan kepada tidur.
Ini kerana peristiwa Israk dan segala yang disepakati berlaku dalam peristiwa tersebut berlaku secara jaga menurut pendapat yang sohih yang menjadi pegangan jumhur ulama Salaf dan Khalaf.
Namun, sekiranya dikatakan juga ia berlaku dalam tidur, maka apa yang disaksikan dalam mimpi para Nabi adalah benar belaka.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...