Thursday, 12 July 2012

10 Negara TERCOROT Dalam Kemahiran Berbahasa Inggeris


Ini adalah negara yang paling tercorot dalam kemahiran dan menguasai bahasa Inggeris:

1). Armenia

2). Cote d'Ivoire

3). Taiwan

4). Honduras

5). Columbia

6). Chile

7). El Salvador

8). Saudi Arabia

9). Israel

10). Brazil


Israel antara negara paling tercorot di dunia dalam penguasaan bahasa Inggeris tetapi mereka cukup kuat untuk memperkotak katikkan dunia. Agaknya sebab mereka tak faham segala arahan membuatkan mereka buat sesuka hati mereka erkk.


Di bawah ni pula adalah 10 negara yang mahir berbahasa Inggeris termasuk Malaysia.


1). Philippines
2). Norway
3). Serbia
4). Slovenia
5). Australia
6). Malaysia
7). India
8). Lithuania
9). Singapore
10). Canada


‎4 Tanda Hidup Tak Berkat


Salam, banyak sebenarnya tanda-tanda jika kehidupan kita ini tidak mendatangkan keberkatan namun sebahagian tanda-tanda dibawah ini juga jelas membayangkan kehidupan kita ini tidak mendatangkan keberkatanNYA Na’uzubillah

Tanda-tanda hidup kita tak berkat ialah :


1). Duit banyak, tapi cepat jer habis.
Tak tau duit pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup jer. Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun kena la bertambah. Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah, duit tetap habis ke tempat lain.


2). Buat kerja, tak siap.
Projek ada macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tak berjaya. Macam-macam usaha dibuat, macam-macam projek kita cuba nak lakukan, tapi semuanya tergantung. Semuanya tergendala. Satu pun tak berjaya. Kalau ada yang menjadi, tapi tak seperti yang dirancangkan.


3). Buat sesuatu, tak dapat manfaat.
Baca buku banyak, tapi ilmu satu pun tak lekat. Nasihat orang pandai, tapi diri pun tunggang langgang.


4). Masa habis dengan sia-sia.
Kononnya sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Leka main fesbuk, leka tengok TV, leka berborak dengan kawan, leka main game, leka melepak dengan kawan-kawan. Tapi nak luang baca Quran 5 minit sehari pun tak boleh. Solat pun akhir waktu. Solat tak sampai 5 minit. Zikir langsung tak amal. Malah nak berdoa untuk diri sendiri pun malas.


Adakah anda salah seorang yang mengalami atau merasai tanda-tanda di atas?


Mari kita sama-sama muhasabah diri. Tanya pada diri, adakah kita salah seorang daripada orang yang tidak mendapat keberkatan dari Allah.


Aduh, alangkah malang dan rugi nya kalau kita gagal mendapat keberkatan dalam hidup ini. Kerana kita bukan saja akan rugi di dunia ini, malah akan bangkrap di akhirat nanti. Na’uzubillah. Sama-sama kita taubat dan mohon taufik hidayah daripada Allah ta’ala untuk memperbaiki iman dan amal kita masing-masing. Sama-sama muhasabah dan mengingati diri sendiri juga.

Mengapa Makanan di Pesawat Kurang Sedap? Ini jawapannya

Makanan yang tidak lazat di pesawat telah lama dikeluhkan oleh ramai penumpang. Namun, penelitian terbaru menunjukkan bahwa ini bukan salah tukang masak.
 Sebuah kajian menunjukkan bahawa tingkat kebisingan boleh mengurangi sensitiviti selera seseorang sehingga membuat rasa makanan menjadi kurang menarik.
 Para ahli percaya bahwa deruman mesin jet di sebuah pesawat menyebabkan penumpang sering meninggalkan makanan mereka.


 Para peneliti juga menemukan bahawa suara yang menyenangkan dapat meningkatkan kenikmatan makan di diri seseorang.


 Penemuan ini dipublikasikan di jurnal Food Quality and Preference.


 Kajian tersebut dapat membantu restoran menemukan musik yang tepat untuk menciptakan suasana yang sesuai bagi pengunjung.


 Koresponden yang ditutup matanya diberikan beberapa jenis makanan dan diminta mencubanya di suasana dengan beberapa tingkat kebisingan.
 Tanggapan mereka menunjukkan bahawa indera perasa manis dan masin menjadi berkurang saat muncul suara bising.


 Ada anggapan umum bahawa makanan pesawat terasa tidak enak,kata pemimpin kajian  Dr Andy Woods dari Unilever dan University of Manchester.


 Saya yakin pihak penerbangan telah melakukan yang terbaik. Keraa itu, saya memperkirakan bahawa ada alasan lain mengapa makanan tersebut tidak begitu lazat.


 Saranan kajian ini, individu diminta menikmati musik saat memakan makanan.Jika Anda tidak suka suara yang bising saat makan, ini dapat mengurangi rasa makanan,kata Woods lagi.


 Pihak Unilever berencana melakukan penelitian lebih lanjut. Menurut mereka, ada kemungkinan suara keras dapat merosak kemampuan otak untuk menerima rangsangan indera secara akurat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...