Wednesday, 17 April 2013

Kisah Imam dan pemandu bas di kota London


Seorang imam masjid di London, setiap hari pergi dan balik dari rumahnya ke masjid dengan menaiki bas awam. Tambang bas dibayar menggunakan kad, atau langsung ke pemandu kerana bas tersebut tidak mempunyai konduktor. Setelah membayar, baru kemudian dicari tempat duduk kosong. Pada hari itu, Si Imam tidak mempunyai wang kecil lantas membayar dengan menggunakan wang yang agak besar dan setelah bakinya dipulangkan beliau lantas mencari bangku kosong untuk duduk.

Di tempat duduknya beliau mengira semula baki wang yang dikembalikan oleh pemandu bas tetapi ternyata wang yang dikembalikan lebih sebanyak RM1.00. Sejenak beliau pun berfikir ".. patut dipulangkan atau tidak wang ini? Ah cuma RM1.00. Lagi pula pemandu seorang kafir… atau aku masukkan sahaja wang ini ke tabung sedekah di masjid…?" Setelah sampai di destinasi, beliau pun hendak turun bas dengan berjalan melalui pembantu bas tersebut. Di dalam hatinya masih bergejolak atas lebihan wang RM1.00 itu, antara dipulangkan atau tidak. Namun ketika sampai di dekat pemandu bas, spontan imam menghulurkan RM1.00 sambil berkata: “Wang yang dikembalikan tadi lebih RM1.00”. Tanpa disangka tanpa diduga.. pemandu bas itu berkata: “Anda berjaya..!!!” “Apa maksud anda..?” tanya imam masjid. “Bukankah anda imam masjid yang di sana tadi?” tanya pemandu bas. “Betul” jawabnya. Lantas pemandu bas itu berkata… “Sebenarnya sejak beberapa hari ini saya ingin datang ke masjid anda untuk belajar dan memeluk Islam.. tapi timbul keinginan di hati saya untuk menguji anda sebagai imam masjid, apa benar Islam itu seperti yang saya dengar: jujur, amanah dan sebagainya. Saya sengaja memberikan kembalian berlebih dan anda berhasil. Saya akan masuk Islam,” kata pemandu tersebut.. Alangkah tercengangnya imam masjid tersebut, sambil beristighfar menyesali apa yg difikirkannya tadi. Hampir saja ia kehilangan seorang saudara baharu hanya dengan wang RM1.00 itu. Astaghfirullah… Semoga peristiwa seperti ini menjadi pengajaran buat kita semua untuk sentiasa bersikap sebagai seorang muslim sejati di mana-mana sahaja, bila-bila sahaja dan di hadapan siapa jua.


Tuesday, 16 April 2013

Doa mengelak dari dirogol

Doa ini digunakan oleh Sarah isteri nabi Ibrahim yang menyebabkan para lelaki yg zalim termasuk rajanya sendiri melarikan diri


Sunday, 3 March 2013

Sunnah Rasulullah ? Sunnah Yahudi ?


Assalamualaikum. Hari ini saya nak kongsikan kisah daripada ustaz saya. Kisahnya begini. Ketika ustaz berada di tingkatan 3 kalau tidak silap saya, dia bersekolah di sekolah maahad @ pondok. (saya tak berapa ingat). Pada ketika itu, kerajaan memberikan sumbangan buku yang banyak. Ustaz belek-beleklah buku yang ada di situ.
 
Dalam leka membelek buku-buku yang ada di situ, ustaz terjumpa sebuah buku yang tajuknya lebih kurang ’20 amalan sunnah yang telah dilupakan’. Nampak menarik. Ustaz pun baca. Alangkah terkejutnya ustaz apabila buku itu mengatakan lambang A itu adalah sunnah Yahudi. Terus ustaz saya simpan soalan ini dalam otak untuk bertanyakan kepada mereka yang alim.
 
          Ditakdirkan Allah, ustaz dapat menyambung pelajaran di Universiti Al-Azhar, Mesir. Pada malam itu, selepas habis pengajian daripada syeikh (saya tak ingat namanya siapa) di situ, ustaz mengambil peluang untuk bertanyakan soalan itu kepada syeikh yang mengajar tadi. Dilihat syeikh bersama Syeikh Yusuf Al-Qaradawi sedang duduk bersembang. Ustaz meminta kebenaran dan syeikh itu memberi kebenaran.
 
“Syeikh, apa hukum kalau kita buat begini? (sambil membuat lambang A)”

Syeikh menepis tangan ustaz saya. Syeikh Yusuf Al-Qaradawi terkejut.
“Biadap kamu.” kata syeikh itu sambil menuding tangan kepada ustaz saya.
 
“Kenapa syeikh? Kalau diikutkan kebiasaan orang Malaysia, kalau kami nak menunjukkan sesuatu, macam itulah yang kami guna.”
 
Syeikh menggeleng kepala. “Kalau kamu nak tau, itulah amalan Yahudi yang telah di ajarkan kepada kamu, warga Malaysia. Yahudi tidak akan boleh duduk senang selagi mana kamu tidak mengikut mereka. Jadi ini adalah tugas kamu untuk beritahukan hal ini kepada penduduk Malaysia.” ujar syeikh.

 
“Jadi, macam mana kami nak tukar daripada menggunakan lambang A itu?”

 
“Kamu gunakanlah begini, (sambil menunjukkan seperti lambang B). Itulah sunnah Rasulullah s.a.w.”

Ustaz mengangguk dan beredar.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...