Saturday, 5 May 2012

Lukis Menggunakan Darah Haid

Macam dunia dan manusia sekarang ni.. adoii laaa, ape nak jadi..

Vanessa Tiegs seorang bekas penari ballet profesional yang tinggal di San Francisco USA .

Ramai kaum wanita yang berasa malu apabila mereka dalam keadaan haid dan ada juga yang merasa takut terutama bagi yang pertama kali didatangi. Tetapi tidak bagi Vanessa Tiegs  yang kemudiannya terfikir melakar darah haid itu ke kanvas untuk dijadikan lukisan.

Dia mula melukis lukisan yang pertamanya menggunakan darah haid yang berjudul Spiral Moon pada September Tahun 2000 . Dia mendapat ilham dari sebuah buku yang berjudul blood, breed and roses ‘how menstruatin create the world’. Hal itu merubah pandangannya pada  haid. Kemudian dia mula melukis dan dapat melukis 88 buah lukisan hasil daripada 36 kali kedatangan darah haidnya. Setelah itu ia memilih 13 dari 88 lukisannya untuk di pamerkan.

Dia mencampurkan darah haidnya dengan media campuran arkilik agar dapat menghilang bau hanyir darah.Ramai yang mengutuk tindakan Vanessa dengan mengatakan bahawa ideanya tidak sehat dan sangat menjijikkan . Tapi ramai juga yang memujinya.

Inilah di antara lukisan-lukisannya:



Sekian untuk dunia yang macam-macam..







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...