Saturday, 14 July 2012

Kek cawan termahal di dunia RM3,225

Kek termahal di dunia mengandungi 23 karat emas berharga RM3,225. - AGENSI
DUBAI 10 Julai - Kek cawan yang diberi nama The Golden Pheonix mungkin menjadi kek cawan paling mahal di dunia apabila dijual pada harga 645 pound (RM3,225).
Kek cawan tersebut yang dijual di kedai kek Bloomsbury's di sini diperbuat daripada cokelat terbaik dari Itali dan bekasnya disalut dengan emas 23 karat.
Walaupun disalut dengan emas, bekas kek cawan tersebut masih boleh dimakan kerana diperbuat daripada bahan semula jadi.
Selain menggunakan cokelat bermutu tinggi, kek cawan itu juga menggunakan tepung dan mentega organik.
Pengasas Bloomsbury's, Shafeena Yusuf Ali mengumumkan penjualan kek cawan mewah tersebut pada awal bulan lalu.
Katanya, dia menghabiskan masa selama beberapa minggu untuk mencipta resepi dan hiasan terbaik bagi menghasilkan kek cawan mewah itu.
Di sebalik idea uniknya, Shafeena turut berdepan kritikan orang ramai mengenai kek cawannya.
"Ada antara mereka yang mengutuk hiasan dan rupa bentuk kek cawan saya.
"Mereka menyifatkan kek cawan saya sebagai hodoh dan tidak berguna," katanya.
Sebelum ini, Bloomsbury's pernah menghasilkan beberapa kek cawan mewah, namun ia tidak boleh dimakan kerana dihiasi dengan berlian. - AGENSI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...