Saturday, 12 October 2013

Meriam Al-Fateh



Meriam Al-Fateh ini apa?

Meriam Al-Fateh diceritakan sejarahnya cukup hebat. Terbina di zaman Khalifah Agung Uthmaniah yang berjaya merobohkan kebongkakan kota Konstantinople yang dimiliki oleh Empayar Byzantine dan dilindungi dek kehebatan Empayar Rom.

Siapa Khalifah Agung itu?

Nama baginda telah mahsyur sebelum kelahiran baginda. Kisah kehebatannya telah menjadi bualan sejak zaman Nabi Muhammad S.A.W lagi.  Imam Ahmad meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad saw pernah berkata:

“Konstantinople akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera.”


Kata-kata Nabi ini terlalu umum untuk menafsiri "Raja" yang dimaksudkan. Semenjak dari itu telah ramai pahlawan Islam zaman berzaman melancarkan serangan untuk meruntuhkan kota kebal ini. Sehinggalah sampai di zaman pemerintahan kerajaan Uthmaniah. Lahirnya seorang raja/sultan agung yang bernama Sultan Muhammad Al-Fateh. Baginda lah pemecah kota Konstantinople yg dimaksudkan Nabi Muhammad S.A.W.


Apa yang dimaksudkan  Meriam Al-Fateh?


Meriam adalah antara senjata yang digunakan tentera Islam semasa peperangan menawan Konstantinople. Tentera Al-Fateh adalah pasukan tentera yang paling disegani sepanjang sejarah peperangan dunia. Pasukan tentera yang mempunyai semagat juang tinggi, strategi peperangan yang licik dan inovasi persenjataan yang canggih di zamannya. Bersama mereka adalah senjata yang terhebat dizaman itu. "The Great Turkish Bombard". Meriam gergasi yang digunakan Tentera Al-Fateh semasa peperangan menawan Konstantinople.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...