Saturday, 5 May 2012

Hukum Memukul Muka


Ust. Salman Maskuri
Hukum memukul muka adalah haram walau dengan apa jua tujuan sekalipun ,samada dalam hudud, takzir, denda anak, denda anak murid atau tujuan2 yang lain.

Nabi saw bersabda

( إِذَا قَاتَلَ أَحَدُكُمْ أَخَاهُ فَلْيَجْتَنِبْ الْوَجْهَ ). رواه البخاري (2560) ومسلم (2612) واللفظ له ، وفي رواية له بلفظ: ( إِذَا ضَرَبَ أَحَدُكُمْ ... )


" Apabila sesorang kamu hendak memukul saudaranya (dengan tujuan dibenarkan syara') hendaklah dia menjauhi dari memukul mukanya."

Hadis sahih Bukhari dan Muslim

Imam nawawi berkata:

هَذَا تَصْرِيح بِالنَّهْيِ عَنْ ضَرْب الْوَجْه ; لِأَنَّهُ لَطِيف يَجْمَع الْمَحَاسِن , وَأَعْضَاؤُهُ نَفِيسَة لَطِيفَة , وَأَكْثَر الْإِدْرَاك بِهَا ; فَقَدْ يُبْطِلهَا ضَرْب الْوَجْه , وَقَدْ يُنْقِصُهَا , وَقَدْ يُشَوِّه الْوَجْه , وَالشَّيْن فِيهِ فَاحِش ; وَلِأَنَّهُ بَارِز ظَاهِر لَا يُمْكِن سَتْره , وَمَتَى ضَرَبَهُ لَا يَسْلَم مِنْ شَيْن غَالِبًا ". انتهى "شرح النووي على مسلم " (16/165) .

Ini adalah tegahan yang jelas terhadap memukul muka kerana

1. Muka ada anggota lembut serta menghimpunkan segala kebaikan.
2. Anggota yang ada padanya sangat bernilai.
3. Anggota yang ada padanya ada anggota panca indera seperti mata.
4. Pukulan boleh merosakkan anggota penting ini , mengurangkannya, menghodohkannya atau cacat.
5. Kerosakan akibat pukulan di muka tidak boleh disembunyikan kerana ia adalah anggota yang jelas.

Imam Ibnu Hajar asqalani berkata:


وَيَدْخُلُ فِي النَّهْيِ كُلّ مَنْ ضُرِبَ فِي حَدّ ، أَوْ تَعْزِير ، أَوْ تَأْدِيب ". انتهى من فتح الباري (5/183)" Termasuklah dalam larangan adalah setiap pukulan ke muka ketika dalam hukuman hudud, takzir dan pukulan didikan."

Imam Sun'ani berkata (pengarang kitab subulus salam):

" وهذا النهي عام لكل ضرب ولطم من تأديب أو غيره ". انتهى "سبل السلام" (1/236).

" Pengharaman pukulan dan tamparan di muka ini merangkumi semua keadaaan samaada untuk mendidik atau sebagainya."

KESIMPULAN

Oleh itu hendaklah kita menjauhi memukul muka samaada kepada isteri, anak, pelajar2, orang bawahan atau pun yang lain. Mungkin sebab anak2 atau anak murid semakin nakal dan susah hendak menghafal kerana tindakan memukul muka mereka.

Lukis Menggunakan Darah Haid

Macam dunia dan manusia sekarang ni.. adoii laaa, ape nak jadi..

Vanessa Tiegs seorang bekas penari ballet profesional yang tinggal di San Francisco USA .

Ramai kaum wanita yang berasa malu apabila mereka dalam keadaan haid dan ada juga yang merasa takut terutama bagi yang pertama kali didatangi. Tetapi tidak bagi Vanessa Tiegs  yang kemudiannya terfikir melakar darah haid itu ke kanvas untuk dijadikan lukisan.

Dia mula melukis lukisan yang pertamanya menggunakan darah haid yang berjudul Spiral Moon pada September Tahun 2000 . Dia mendapat ilham dari sebuah buku yang berjudul blood, breed and roses ‘how menstruatin create the world’. Hal itu merubah pandangannya pada  haid. Kemudian dia mula melukis dan dapat melukis 88 buah lukisan hasil daripada 36 kali kedatangan darah haidnya. Setelah itu ia memilih 13 dari 88 lukisannya untuk di pamerkan.

Dia mencampurkan darah haidnya dengan media campuran arkilik agar dapat menghilang bau hanyir darah.Ramai yang mengutuk tindakan Vanessa dengan mengatakan bahawa ideanya tidak sehat dan sangat menjijikkan . Tapi ramai juga yang memujinya.

Inilah di antara lukisan-lukisannya:



Sekian untuk dunia yang macam-macam..







Yang Ditanggung Oleh Suami




Syarak melarang suami yang kaya atau yang berkemampuan membenarkan isteri keluar bekerja. Perbuatan ini amat tercela dalam Islam. 
Isteri tempatnya dirumah suami, menjaga rumahtangga dan anak-anak. Banyak orang tersalah tafsir d...engan membenarkan isteri keluar bekerja. Sebenarnya, syarak hanya membenarkan isteri keluar bekerja apabila suami kurang berkemampuan dari segi kewangan. 
Suami yang mampu, tidak boleh mengizinkan isteri keluar bekerja, hatta apapun alasannya. 

1) Duit isteri dari hasil pendapatan sebelum berumahtangga dan harta ibubapa si isteri atau harta faraid adalah milik isteri secara mutlak, suami tiada hak untuk mengunakannya, sebaliknya terpulang kepada isteri untuk memberi secara ikhlas atau hutang kepada suami demi meringankan beban kewangan.


2) Duit dari hasil pendapatan setelah berumahtangga, yakni isteri keluar bekerja dengan izin suami demi membantu beban kewangan, mestilah duit itu dibelanja dengan izin suami, pihak isteri kena faham ini. 
Bagi suami pula, jangan menzalimi isteri dengan tidak memberi sedikit pun beri apa-apa kepada isteri setelah si isteri susah payah keluar membantu.

TETAPI ada segolongan SUAMI yang mengizinkan isteri bekerja kerana mahu dirinya DIBANTU untuk menyara keluarga, MALANGNYA Gaji si isteri itu pula DI MONOPOLI oleh suami kerana beranggapan Wang Gaji isteri itu adalah HAKnya berdasarkan keizinan yang dberikannya..Ini adalah suatu pendapat yang salah dan bertentangan dengan Syarak kerana sudah timbul KEZALIMAN suami terhadap isterinya sendiri.

MAKLUMAT TAMBAHAN:


Ini satu lagi petikan Sabda Rasulullah Saw mengenai tanggungjawab lelaki: 
ﻋﻦ ﺃﰊ ﺑﻜﺮﺓ ﻗﺎﻝ: ﻗﺎﻝ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﷲ ﺻﻠﻰ ﺍﷲ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ: ﻟﻦ ﻳﻔﻠﺢ ﻗﻮﻡ ﻭﻟﻮﺍ ﺃﻣﺮﻫﻢ ﺍﻣﺮﺃﺓ
Dari Abu Bakrah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:”suatu kaum tidak akan beruntung kerana mereka menyerahkan urusan-urusan mereka kepada wanita”.
(H.R Bukhary, Tarmizi dan Nasa’i) 

HAK TERHADAP HARTA ISTERI
Sudah menjadi amalan masyarakat kita hari ini menganggap harta isteri adalah hartasuami dan boleh digunakan oleh suami sebagaimana harta suami yang digunakan oleh isteri. 
Malahan terdapat segelintir suami yang sanggup memaksa isteri bekerja dan mengambil wang gaji isteri tanpa keizinannya. 


Ini merupakan suatu amalanyang buruk dan melanggar hak seorang isteri di mana di dalam islam harta isteri merupakan harta khususnya yang tidak boleh digunakan sesuka hati oleh suami melainkan sesudah mendapat keizinannya dan isteri redha menyerahkan hartanya kepada suami. Jika tidak harta itu adalah hak mutlak isteri yang tidak boleh diganggu gugat.

 
Menurut Yusuf al-Qardawi tidak halal bagi suami menyusahkan isterinya dan memperlakukannya dengan buruk agar si isteri menebus dirinya dengan mengembalikan harta yang telah diberikan kepadanya seluruhnya atau sebahagiannya sedangkan isteri tidak melakukan perbuatan keji yang nyata. (qardawi.2000.249)



 Ini jelas dinyatakan di dalam firman Allah: Maksudnya“janganlah kamu menyusahkan mereka kerana hendak mengambil kembali sebahagian dari apa yang telah kamu berikan kepadanya, kecuali jika mereka melakukan perbuatan keji yang nyata” (surah an-nisa’:19) 

Bagi suami yang tidak suka kepada isterinya dan ada hasrat menikah dengan wanita lain, maka diharamkan baginya mengambil kembali apa yang telah diberikannya kepada isterinya. 
Firman Allah yang bermaksud: 
“dan jika kamu ingin mengganti isterimu dengan isteri yang lain, sedang kamu telah memberikan kepada seseorang di antara mereka harta yang banyak, maka janganlah kamu mengambil kembali daripadanya barang sedikit pun....” (surah an-nisa’:20-21)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...