Akhirnya, hari ini Corning telah pun secara rasminya memperkenalkan Gorilla Glass generasi baru keluaran mereka, yang mana generasi pertama telah pun digunakan pada lebih daripada 600 juta peranti seluruh dunia. Dan dalam usaha untuk terus menjadikan skrin tawaran daripada mereka terus menarik dan bertahan, kini mereka telah pun memperkenalkan Gorilla Glass 2 yang bertahan lebih 20% berbanding sebelumnya.
Pada masa yang sama, Gorilla Glass 2 juga lebih ringan berbanding sebelum-sebelumnya, serta diperkatakan membawakan transmisi sentuhan yang lebih bagus lagi berbanding sebelumnya.
Buat masa ini, peranti yang bakal membawakan Gorilla Glass 2 ini masih lagi tidak diketahui, dan mungkin akan diumumkan dalam masa terdekat ini.
Dengan CES 2012 yang semakin hampir, semestinya banyak peranti baru yang akan diperlihatkan dan dipertontonkan kepada umum. Dan salah satu perkara yang turut sama akan dipertontonkan adalah Gorilla Glass generasi baru daripada Corning, yang mana mungkin akan digunakan oleh telefon pintar dan tablet baru kelak.
Seperti semua sedia maklum, Gorilla Glass sehingga kini telah pun memperlihatkan reputasi yang baik, dengan skrin yang berdaya tahan tinggi, dengan anti-calar dan sebagainya. Salah satunya yang bakal dibawakan oleh Gorilla Glass 2 kelak adalah rekabentuk yang lebih nipis, dan menepati ciri-ciri peranti baru yang inginkan ruangan lebih dengan rekabentuk lebih nipis.
Sebelum ini, teknologi Gorilla Glass turut hangat diperkatakan sepanjang tahun lepas, dan mungkinkah ianya turut akan menjadi salah satu perkara utama sepanjang tahun ini?