Saturday, 4 August 2012

Inilah INJIL ASLI yang akan menggoncang DUNIA KRISTIAN






Sebuah kitab agama daripada kulit yang dianggarkan ditulis pada abad kelima tetapi hanya ditemui pada 12 tahun lalu, akan menyebabkan keruntuhan agama Kristian di seluruh dunia menurut Iran.

Kitab yang ditulis pada kulit haiwan ini telah dirampas semasa operasi anti-penyeludupan di rantau Mediterranean Turki pada tahun 2000.

Pihak berkuasa Turki percaya ia adalah versi sah asli Injil Barnabas oleh pengikut Isa, dan satu laporan akhbar Iran telah mendakwa bahawa kandungannya akan mencetuskan kejatuhan agama Kristian dengan membuktikan bahawa Islam adalah agama terakhir dan benar.

  Asli : Pihak berkuasa Turki mengesahkan kitab ini adalah kitab asli Injil Barnabas.


Bagaimanapun banyak pihak telah menolak dkwaan Iran tersebut dan menganggapnya sebagai 'lucu' dan hanyalah propaganda anti-Kristian.

The Basij Press mendakwa kitab itu ditulis pada abad ke-5 atau 6 dan meramalkan kedatangan Nabi Muhammad dan agama Islam. Bagaimanapun dunia Kristian telah menafikan kewujudan injil itu.

Laporan itu mendakwa bahawa di dalam Bab 41 Injil tersebut berbunyi: 'Allah mengarahkan Malaikat Mikail menghalau mereka (Adam dan Hawa) dari syurga, (dan) apabila Adam berpaling, dia mendapati di bahagian atas pintu masuk ke syurga tersebut telah tertulis "La elah ela Allah, Mohamad rasool Allah" 'bermakna Tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah, Muhammad itu pesuruh Allah.

Kitab tersebut ada menyatakan  bahawa Isa tidak pernah disalib malah Isa sendiri telah meramalkan kedatangan Muhammad. Kitab yang ditulis dalam bahasa Syriak, dialek Aramaik juga meramalkan kedatangan Imam Mahdi di akhir zaman.

Pihak berkuasa Turki telah merampas kitab tersebut pada tahun 2000 dalam operasi terhadap anti penyeludupan, penggalian haram dan memiliki bahan letupan.

Apa yang menjadikan lebih menarik, pada Februari tahun ini dilaporkan bahawa pihak Vatican telah membuat permohonan rasmi untuk melihat kitab. Bagaimanapun tidak diketahui sama ada permintaan itu telah diberikan.

Asal-usulnya kitab ini tidak diketahui, tetapi Negara Turki melaporkan bahawa kitab itu telah disimpan di Istana Kehakiman di ibu negara Turki, Ankara, dan telah dipindahkan di bawah kawalan polis bersenjata ke Muzium Etnografi di bandar ini.

Kitab Ini disimpan di Istana Kehakiman di ibu negara Turki, Ankara, dan telah dipindahkan di bawah kawalan polis bersenjata ke Muzium Etnografi.
 Laporan Iran juga berkata penemuan yang begitu besar ini akan menggoncang politik dunia.

"Penemuan Kitab Injil Barnabas asli ini akan melemahkan Gereja Kristian dan pihak berkuasanya malah ia akan merevolusi agama di dunia ini ".

"Fakta yang paling ketara,  kitab ini telah meramalkan kedatangan Nabi Muhammad dan dengan sendirinya telah mengesahkan kebenaran agama Islam." menurut laporan tersebut.

Walaupun pihak berkuasa Turki percaya kitab itu adalah tulen, pemerhati lain telah mempersoalkan kesahihan kitab tersebut.
Wallahualam..
 Kredit : DailyMail


Kenapa Biskut Kering Mempunyai Lubang ?



Perghh .. serba salah wa nak letak tajuk cam kat atas tu .. tapi tu le perkara yang wa nak share untuk posting ni .. pernah tak luorang terfikir kenapa biskut kering (dikenali ngan nama biskut mayat disesetengah negeri atau cracker) mempunyai sejumlah lubang di tebuk diseluruh kepingannya ?
 
Lubang lubang tu sebenarnya  ditebuk untuk satu tujuan yang penting dalam pembuatan biskut ni .. bukan sekadar untuk gimik, atau nak bagi nampak cantik .. atau sekadar dekorasi biskut sebagaimana mungkin difikirkan sesetengah orang. Tanpa lubang tersebut, biskut tak dapat dimasak dengan sempurna kerana fungsinya sebagai tempat keluar bagi wap panas yang membantu proses pembuatan agar ia masak sekata. Faktor kedua, tanpa lubang tersebut, biskut sukar untuk dibentuk menjadi kepingan kerana dohnya akan menggelembung (macam kek) disebabkan wap panas terperangkap didalamnya. Disamping itu juga ia membuatkan biskut yang dimakan terasa lebih rapuh dan rangup.
Dalam proses pembuatan, doh akan dileperkan menjadi kepingan sebelum digerakkan kearah roller yang mempunyai penebuk lubang (cam penebuk lubang talipinggang tu le). Jumlah tebukan lubang bergantung pada saiz dan keperluan pengeluaran biskut yang dibuat. Lebih besar jarak antara lubang, lebih banyak gelembung udara yang terhasil dan selalunya biskut gini tak dapat bertahan lama sebelum jadi lemau. Manakala semakin rapat jarak lubang, menjadikan biskut itu lebih kering. keras, rangup dan dapat bertahan lebih lama.

Fakta Tambahan 
☺ Biskut (Cracker) pertama kali dibuat oleh John Pearson dari Newburyport, Massachussetts. Pearson adalah seorang pelaut dan selalu memikirkan satu makanan yang boleh bertahan lama dalam pelayaran tidak sebagaimana kuih tradisional yang cepat basi dan rosak. Pada tahun 1792,  beliau telah mencampurkan tepung dgn air dan terus membakarnya, ciptaan yang terhasil beliau namakan Pearson's Pilot Bread (huh tak glemer langsung) seterusnya dikenali dengan nama Hardtack atau Sea Biscuits. Biskut ciptaannya ini dengan cepat menjadi sangat popular dikalangan nelayan, pelayar dan pelaut oleh kerana ketahanannya dalam masa yang panjang.
☺ Perkataan 'Cracker' pula tercetus pada tahun 1801, juga di Massachussetts apabila Josiah Bent telah membakar keseluruhan doh yang yang telah dileperkan secara tidak sengaja. Ketika sedang terbakar, doh tersebut mengeluarkan bunyi melepuh (crack) yang akhirnya membawa pada nama yang kita kenal pada hari ni. Josiah Bent juga adalah orang yang bertanggungjawab memperkenalkan biskut ini sebagai snek harian bukan sekadar makanan bagi pelaut sebagaimana yang dicipta oleh saingannya, Pearson. Untuk itu, beliau telah menambah perisa kepada biskut buatannya sehingga tercipta plak biskut soda dan pelbagai biskut lainnya. 
☺ Perkataan "Biskut" (Biscuit) adalah berasal dari perkataan Latin 'bis coctus' yang bermaksud dimasak 2 kali. Perkataan ini kekal sehingga sekarang dan menjadi nama naungan bagi resepi yang bergabung dibawahnya seperti Cracker, Kuih yang bersaiz kecil, Hardtack, Kek keras, Cookies dan sebagainya. 
☺ Perkataan 'Cookies' pula adalah terbitan dari perkataan Belanda 'koekjes' dari kata asal 'koek' yang bermaksud kek. Ia menjadi perkataan yang popular di US sedangkan di England, mereka lebih gemar memanggil Cookies dengan nama Small Cakes, Seed Biscuits atau Tea Cakes.
☺ Perkataan 'Biskut Mayat' plak ? hadoih .. kena cari gak ni

Proton Evolusi G –Berkonsep Lamborghini





Seperti yang kita sedia maklum, pihak proton baru sahaja mengeluarkan kereta terbarunya iaitu Proton Preve. Kini terdapat lagi sebuah kereta tetapi bukan untuk dipasarkan. Kereta ini dikenali sebagai Proton Evolusi G yang mana rekaannyaberbentuk seperti kereta Lamborghini. Dikatakan kereta ini juga diubah suai dari model Proton Gen-2 dan menelan kos sebanyak RM8000 sahaja. Memang menarik dan kreatif. Seperti super car lamborghini. 

Jom lihat lagi gambar Proton Evolusi G di bawah:







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...