Saturday 4 August 2012

Inilah INJIL ASLI yang akan menggoncang DUNIA KRISTIAN






Sebuah kitab agama daripada kulit yang dianggarkan ditulis pada abad kelima tetapi hanya ditemui pada 12 tahun lalu, akan menyebabkan keruntuhan agama Kristian di seluruh dunia menurut Iran.

Kitab yang ditulis pada kulit haiwan ini telah dirampas semasa operasi anti-penyeludupan di rantau Mediterranean Turki pada tahun 2000.

Pihak berkuasa Turki percaya ia adalah versi sah asli Injil Barnabas oleh pengikut Isa, dan satu laporan akhbar Iran telah mendakwa bahawa kandungannya akan mencetuskan kejatuhan agama Kristian dengan membuktikan bahawa Islam adalah agama terakhir dan benar.

  Asli : Pihak berkuasa Turki mengesahkan kitab ini adalah kitab asli Injil Barnabas.


Bagaimanapun banyak pihak telah menolak dkwaan Iran tersebut dan menganggapnya sebagai 'lucu' dan hanyalah propaganda anti-Kristian.

The Basij Press mendakwa kitab itu ditulis pada abad ke-5 atau 6 dan meramalkan kedatangan Nabi Muhammad dan agama Islam. Bagaimanapun dunia Kristian telah menafikan kewujudan injil itu.

Laporan itu mendakwa bahawa di dalam Bab 41 Injil tersebut berbunyi: 'Allah mengarahkan Malaikat Mikail menghalau mereka (Adam dan Hawa) dari syurga, (dan) apabila Adam berpaling, dia mendapati di bahagian atas pintu masuk ke syurga tersebut telah tertulis "La elah ela Allah, Mohamad rasool Allah" 'bermakna Tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah, Muhammad itu pesuruh Allah.

Kitab tersebut ada menyatakan  bahawa Isa tidak pernah disalib malah Isa sendiri telah meramalkan kedatangan Muhammad. Kitab yang ditulis dalam bahasa Syriak, dialek Aramaik juga meramalkan kedatangan Imam Mahdi di akhir zaman.

Pihak berkuasa Turki telah merampas kitab tersebut pada tahun 2000 dalam operasi terhadap anti penyeludupan, penggalian haram dan memiliki bahan letupan.

Apa yang menjadikan lebih menarik, pada Februari tahun ini dilaporkan bahawa pihak Vatican telah membuat permohonan rasmi untuk melihat kitab. Bagaimanapun tidak diketahui sama ada permintaan itu telah diberikan.

Asal-usulnya kitab ini tidak diketahui, tetapi Negara Turki melaporkan bahawa kitab itu telah disimpan di Istana Kehakiman di ibu negara Turki, Ankara, dan telah dipindahkan di bawah kawalan polis bersenjata ke Muzium Etnografi di bandar ini.

Kitab Ini disimpan di Istana Kehakiman di ibu negara Turki, Ankara, dan telah dipindahkan di bawah kawalan polis bersenjata ke Muzium Etnografi.
 Laporan Iran juga berkata penemuan yang begitu besar ini akan menggoncang politik dunia.

"Penemuan Kitab Injil Barnabas asli ini akan melemahkan Gereja Kristian dan pihak berkuasanya malah ia akan merevolusi agama di dunia ini ".

"Fakta yang paling ketara,  kitab ini telah meramalkan kedatangan Nabi Muhammad dan dengan sendirinya telah mengesahkan kebenaran agama Islam." menurut laporan tersebut.

Walaupun pihak berkuasa Turki percaya kitab itu adalah tulen, pemerhati lain telah mempersoalkan kesahihan kitab tersebut.
Wallahualam..
 Kredit : DailyMail


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...