Sunday, 23 September 2012

Formula Wanita Terbaik | Algebra Al Khawarizmi

Formula Wanita Terbaik oleh Al Khawarizmi, ahli Matematik Muslim yang memperkenalkan Algebra kepada dunia. Minda yang sentiasa berteka-teki dengan angka, menjadiakan beliau lebih jitu membuat keputusan dan statistik ramalan. Ribuan formula tercipta dari usaha Al Khawarizmi sepanjang tempoh hidupnya. Lalu, disuatu ketika, beliau ditanya tentang cinta. Bagaimanakah cara Mengenal Wanita Terbaik !


Al Khawarizmi sejenak berkira-kira sambil tangannya menulis sesuatu. Ditunjuknya himpunan angka-angka, satu formula yang menjawab semuanya. Formula Wanita TerbaikFormula Matematik Al Khawarizmi seperti berikut
Jika wanita solehah dan beragama = 1
Jika dia cantik, tambah 0 dibelakang 1 = 10
Jika dia kaya, tambah lagi 0 = 100

Dan jika dia dari keluarga baik-baik, tambah lagi 0 = 1000

Tetapi jika yang '1' tiada

Maka, tiada apa yang tersisa pada wanita tersebut
kecuali sekelompok ’0' belaka..



10 Jenama (Fesyen) Termahal di Dunia


 1. GUCCI
 2. Louis Vuitton
 3. Chanel
 4. Burberry

5. Fendi 
 6. Christian Dior

 7. PRADA
 8. Christian Louboutin

 9. Versace

10. Herme`s

Kota-Kota Melayu Serta Khazanah Negara Yang Dimusnahkan British Dan Talibarutnya.


Kerajaan Kedah sering di sebut sebagai kerajaan tertua dalam sejarah kerajaan beraja serta kesultanan yang panjang di nusantara yang bermula pada tahun 700 masihi lagi. Hubungan dengan negeri-negeri di timur tengah dan asia barat serta timur meninggalkan kesan dan pengaruh yang luas termasuklah kebudayaan, kesenian, agama, politik dan perdagangan.

Kesan-kesan seni warisan melayu ini banyak dapat di kesan di Kedah walaupun banyak kota-kotanya dikhianati, dihancurkan dan ditanam oleh pihak-pihak musuh Allah.

Bandar Kota Star selaku pusat pentadbiran Kedah Tua dan merupakan antara kota yang mendapat perhatian kerajaan British untuk dirampas kerana ia dipenuhi sebilangan bangunan lama yang menjadi bukti kewujudan pemerintahan dinasti Ahlul Bait Al-Jefri Merong Mahawangsa. Kota Star sejak dahulu terkenal dengan banyak kota-kota dan gerbang-gerbang yang antik serta cantik seperti Kota Tengah, Kota Star, Istana Kuning, Kota Keriangan di Gunung Keriang dan Kota Sharifah dan lain-lain.

Gerbang Kota Star telah dimusnahkan setelah kematian Sultan Badlishah oleh cucu raja Thai Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj. Sultan Badlishah merupakan anak-anak Ahlul Bait Merong Mahawangsa kerana ibunya Tunku Sharifah Sofea al-Jefri ialah anak saudara kepada Maharaja Melayu DYMM Sultan Syed Jaafar Muadzam Shah al-Jefri.


Buku Undang-Undang Kedah termaktub perkataan HUKUM KANUN DATO’ KOTA STAR yang buku ini selesai ditulis pada tahun 220 hijrah @ 812 masihi oleh cucu Maharaja Merong Maha Wangsa yang ketika itu menjadi D.O. atau Raja Daerah di Aceh.

Kota Star dirobohkan semasa era Musuh Bisik pada tahun 1821 manakala gerbangnya diruntuhkan pada tahun 1960 untuk memberi laluan pada pembangunan kononnya. Di tapaknya di bina bangunan baru iaitu Wisma Negeri.
Seperti kes Tunku Abdul Rahman menukar Kota Kayangan menjadi Muzium Perlis.

Di tahun-tahun berikutnya beliau datang semula ke Perlis dan mengatakan muzium ini terlalu lama dan buruk, seeloknya ditukarkannya kepada bangunan muzium yang baru. Maka terjadilah malapetaka kepada warisan Melayu yang mana Kota Kayangan yang gah dengan batu-bata serta diselang seli kayu-kayu meranti yang halus ukirannya juga dipenuhi dengan simbol-simbol empayar Kedah Tua habis dirobohkan oleh beliau.

Tidak habis dengan itu Tunku Abdul Rahman Putra al- Haj al-Thai telah mengetuk batu-batu nisan yang lama digantikan dengan yang baru manakala nisan-nisan kayu dibiarkan. Beliau selaku Perdana Menteri Malaysia pada masa itu juga menjejaki seluruh warisan Kedah Tua di Negeri Perlis dan negeri-negeri lain untuk dimusnahkan.


KENANGAN GERBANG KOTA STAR 1960 BERSEBELAHAN PEJABAT TANAH DAN GALIAN. JIKA GERBANG PINTU MASUK KE KOTA SEBEGINI GAH DAN CANTIK TENTU KOTANYA YANG DIRUNTUHKAN DI ZAMAN SI LAKNAT RAJA THAI CHULALONGKORN LEBIH HEBAT LAGI.

Bukti kenyataan ahli sejarah Inggeris James Low dari buku “Sejarah Kedah Sepintas Lalu“, mencatatkan Raja Thai Chulalongkorn telah mengarahkan tentera-tenteranya menghapus dan membakar habis-habisan kesan bukti sejarah kerajaaan Melayu Siam Malacca, antaranya ialah :-

1. Kota Raja Melayu Siam Kedah Pelabuhan Kota sekitar Kota Teluk Bahang, Kuala Kedah.

2. Kota Palas Istana Sultan Maulana di Padang Mat Sirat, Pulau Langkawi .

3. Istana Maharaja Jalil Sutan Yaakub Kedah Langkasuka Khrun Waran Wangsa tahun 1548 M .

4. Istana Tanjung Putri, Kuala Ketil dan di situ masih terdapat Perigi Puteri Dayang yang dibina bersebelahan kota tersebut .

5. Istana Sultan Sheikh, Sultan Abdul Kadir Shah Alam tahun 904 M di pekan Langgar, Kedah.

6. Kota Pagar Air Istana Sultan Hussain Shah Alam di Limbung, Kedah.

7. Istana Dato’ Paduka Maharaja Nai Cau Shin Ibni Al Marhum Nai Cau Doi di Kampung Pulau Maharaja, Tunjang.

8. Kota Sarjana di Alor Ganu milik Rama Tibodi 1 Ananda Pagan Ibni Al Marhum Sultan Muhammad Yang Adil, baginda mencipta wang emas yang ada di Muzium Negeri Kedah.

9. Kota Mengkuang, Wang Tepus, Kubang Pasu milik Sultan Sharif Abu Bakar Shah.

10. Istana Maharaja Melayu Siam Syburi Sultan Syeikh Ali Kaifa Tabim di Utan Aji, Perlis.

11. Kota Naga dan Kota Siputeh di Daerah Kubang Pasu.

12. Kota Sarang Semut, Pendang, Bukit Choreh milik Sultan Badrul Munir dan periginya masih wujud di kampung tersebut.

13. Kota Pinang Tunggal di Kulim, Kedah juga milik Sultan Saidina Jamalul Alam Sultan Badrul Munir.

14. Kota Merong Mahawangsa Muzafar Shah 700 M di Sungai Mas, Kuala Muda, Kedah.

15. Istana Majlis Raja Iskandar Zukarnain di Lembah Bujang juga di Kuala Muda dan Gok Arang Maharaja Melayu Islam Sultan Jaafar Muadzam di Pulau Tiga,Kedah, rujuk mukasurat 49 Buku Undang-Undang Kedah.

16. Istana Maharaja Melayu di Pusat Pembuatan Senjata Api, Merbuk, Kedah juga milik Nai Long Sultan Jaafar Muadzam Shah.

17. Istana Bendang Raja, Kubur Panjang di Pendang milik Sultan Muzaffar Shah Kuala Kangsar yang mana sebelum itu merupakan Raja Melayu Siam daerah Kemboja tahun 1788 M.

18. Kota Burha Istana Raja Legeh milik Tuanku Long Taha Ibni Almarhum Tuanku Long Putra di Mukim Padang Kerbau, Pendang, Kedah.

19. Kota Oo, Pelantik, Sik, Kedah milik Raja Idris Jammu Pattani suami Ratu Hijau Pattani.

20. Kota Ruman juga di Sik, Kedah juga di miliki oleh suami Ratu Hijau iaitu Raja Idris Jammu Pattani.

21. Kota Istana Bukit Nai Long Sultan Jaafar Muadzam Shah di Jeniang, Kedah.

22. Istana Maharaja Melayu Siam Sultan Muzafar Shah Kuala Kangsar di
Kampung Dusun Raja, Padang Sanai, Daerah Padang Terap, Kedah.

23. Istana Maharaja Melayu Siam Songkla Sultan Syed Alang Alauddin di Kampung Nai Lang, Mukim Durian Burung di sebelah Thailand.



BAHAGIAN TEPI GERBANG ADALAH SEPERTI ARCA BATU NISAN KEDAH TUA YANG BERTEBARAN DI SELURUH NUSANTARA. SEBAB ITULAH GERBANG INI DIMUSNAHKAN KERANA GERBANG INI MENCERITAKAN SEGALA-GALANYA TENTANG KETAMADUNAN KESULTANAN MELAYU ISLAM. IANYA BERBENTUK ARCA BATU NISAN YANG DIDAKWA BATU NISAN ACEH KONONYA. PADAHAL IANYA BATU NISAN KEDAH TUA.



INILAH MELAYU YANG DI WAR-WARKAN OLEH BRITISH, TIADA APA-APA PADA BANGSA MELAYU KECUALI ATAP RUMBIA DAN PERTANIAN. 

Untuk memastikan kota-kota ini musnah secara total Raja Thai Chulalongkorn, datuk kesayangan Tunku Abdul Rahman telah datang ke Kedah bersama pegawai-pegawai penasihatnya yang berbangsa Inggeris, pada tahun 1890 M. Kedatangan dimulai di Pulau Langkawi dan seterusnya ke bandar Kota Star dan di sambut mesra oleh anak perempuannya merangkap isteri kedua Sultan Abdul Hamid yang bernama Cik Puan Manjalara.

Khazanah-khazanah yang bernilai sejarah yang berupa bangunan lama atau binaan lama gerbang-gerbang Di Raja, warisan-warisan silam lainnya yang terdapat di dalam dan di luar negeri Kedah berupa alat-alat senjata berat dan senjata-senjata api seperti senapang, lela rentaka, meriam-meriam melayu dan lain-lain dilupuskan dan diganti dengan milik penjajah contohnya meriam-meriam melayu diganti dengan meriam-meriam VOC milik penjajah.

Apa yang ada kaitan dengan ketamadunan Kedah Tua semuanya habis dimusnahkan. Kemudian penjajah-penjajah ini telah menukar nama bandar Kota Star kepada Alor Star kerana kata pegawai Inggeris, orang melayu tak perlulah kepada berkota-kota, cukuplah dengan nama “Alor”. Sejak itu nama Kota Star hanya dikenali sebagai nama District of Kota Star atau daerah Kota Star sahaja.


KOTA BOROBUDUR DI SEMARANG YANG DI GELAR OLEH BRITISH SEBAGAI KUIL BUDDHA.

Apabila Imperialis Belanda kalah di tangan tentera Perancis di bawah kekuasaan Napoleon Bonaparte, ia telah menyerahkan jajahannya di Indonesia kepada British untuk menjaganya dengan janji akan menyerah kembali kepada Belanda setelah merdeka nanti.

Maka apabila kerajaan Britain setelah menguasai jajahan Belanda di Indonesia, ia telah menghantar Stanford Raffles dan kerani bodohnya Munsyi Abdullah ke kota-kota Islam itu dan merubahnya serta menghilangkan bukti-bukti kekuasaan Kerajaan Islam Kedah Tua di sana. Sehinggakan Kota Borobudur telah di “convert” menjadi candi kafir Buddha.

Bila ahli sejarah masakini pergi membuat kajian di sana mereka merasa hairan kerana Candi Borobudur yang di atur penuh dengan patung-patung Buddha itu memiliki senibina Islam Arab Yaman dan berdekatan Kota Borobudur pula terdapat Kota Prambanan yang juga telah diubahsuai British dan dijadikan kononnya Kuil Hindu Prambanan.

BRITISH MENGELARNYA KOTA HINDU PRAMBANAN SELEPAS MENGUBAHNYA MENJADI KUIL DI BAWAH KELOLAAN STANFORD RAFFLES.

Di Indonesia juga terdapat kota pelabuhan kuno Grisek di Jawa Timur. Kota ini ini dikatakan milik anak Sultan Kedah Tua yang bernama Siti Fatimah Maimun. Baginda merupakan Ratu di situ seperti Ratu Hijau yang memerintah Pantai Timur Semenanjung Melaka atas nama Kerajaan Pattani. Baginda datang ke Indonesia dibawa oleh ayahandanya pada tahun 1303 Saka atau 1381 masihi dalam misi mengislamkan orang-orang di sana.

JAB Wiselius seorang pengkaji dari barat mencatatkan, namanya ialah Dewi Suari dan ayahandanya ialah Sultan Kedah ( Gedah ). Pentadbiran baginda dibantu oleh pegawai-pegawai terlatih dibawah kelolaan seorang ulamak yang hebat pada masa itu bernama Maulana Malik Ibrahim. Ulamak tersohor ini didatangkan khas dari daerah Chempa, Cempaka Sari Kemboja.

Kajian Lembaga Research Pasentran Leluhur Islam Jawa Timur pula mengatakan Puteri Siti Fatimah Maimun dan Dewi Ratna Suari adalah orang yang sama iaitu puteri kepada Sultan Kedah. Masa hidupnya sezaman dengan Maulana Malik Ibrahim dan jarak wafat kedua tokoh ini hanya bezanya 20 tahun.
Baginda mangkat di Desa Laren, Manyan Grisek Jawa Timur dan makamnya sekarang ada bersebelahan Kota Grisek sebuah kota pelabuhan kuno. Siti Fatimah Maimun tercatat dalam sejarah sebagai pendakwah sufi di zaman kegemilangan Islam Kedah ketika itu. Catatan ini juga menjadi bahan kajian J.Wolbers juga salah seorang pengkaji sejarah dari barat.


MAKAM RATU SITI FATIMAH MAIMUN PUTERI SULTAN KEDAH BERSEBELAHAN KOTA GRISEK DI KOTA PELABUHAN KUNO GRISEK , JAWA TIMUR.

Sebelum nama Alor Star digunakan, pusat pemerintahan kuno ini bernama Kota Star. Nama ini diberi kerana sekitar kawasannya ditumbuhi pohon-pohon Stag dalam loghat utaranya atau pohon-pohon Star. Ia sejenis pokok yang buahnya masam-masam manis. Buah pokok Stag ini berwarna kekuning-kuningan bila ianya masak. Ia dalam kumpulan pohon Kundang termasuk juga pohon Rumia. (sila rujuk Buletin MKNK m.s 14 oleh Wadiassofi Jaafar)

Ketamadunan Kota-kota ini dan Kesultanan Kedah Tua perlulah dijaga dan dipelihara untuk kepentingan negara. Selain kita memiliki warisan-warisan lama ini, sejarah realiti ini pula dapat memupuk identiti dan jati diri rakyat Malaysia, catatan tentang kota-kota lama ini juga membuktikan kehebatan Kesultanan Melayu Tua.

Gerbang Kota Star telah di musnahkan pada tahun 1960 setelah kemangkatan Sultan Badlisah pada tahun 1958 dan Gerbang Kacapuri di Kota Kuala Bahang yang namanya ditukar kepada Kuala Kedah juga telah dimusnahkan pada tahun 1970 yang kononnya telah runtuh akibat ribut.

Setelah semua konspirasi ini selesai maka benarlah kata-kata British dan talibarutnya konon MELAYU INI TIADA APA-APA CUMA PERTANIAN DAN ATAP RUMBIA. Kota-kotanya hanyalah dari kayu, papan dan batang buluh.
 
Dicatat oleh : Megat al- Jefri

Kredit: MalaysiaRia


APA YANG ANDA TIDAK TAHU & TAHU TENTANG AYAH


Hargailah Pengorbanan Ayah....




Ayah, abi, walid, baba, abah, daddy, dan pelbagai lagi bentuk panggilan yang tidak asing lagi bagi mereka yang bergelar bapa. Bapa sebagai ketua keluarga,yang mempunyai tanggungjawab yang besar. Dia yang menanggung nafkah ahli keluarga dan yang memastikan keselamatan mereka terjamin..Memang wajar kita meraikan para bapa pada sepanjang masa. Dari segi realitinya, halangan masa dan geografi menyebabkan sesuatu perkara itu sukar untuk direalisasikan.

Sebagai anak-anak, raikanlah mereka sementara mereka masih ada. Raikan mereka dengan cara tersendiri. Yang dekat, luangkan masa bersama mereka manakala yang tidak dapat bersama mereka hubungilah mereka sebagai tanda yang walaupun jauh di mata tetapi sentiasa di hati.

Bagi golongan muda yang telah bergelar bapa mungkin Hari Bapa ini sesuai untuk mereka ini muhasabah diri. Tanya diri sejauh mana amanah yang diberikan mampu dilaksanakan seperti yang dituntut dan disyara’kan oleh islam.

Memberi nafkah adalah tugas utama seorang bapa. Ia bukanlah satu-satunya tanggungjawab seorang bapa saja malah mendidik anak-anak juga adalah tanggungjawab bapa dan bukanlah dibahu ibu semata-mata.ini jelas dibuktikan di dalam al-Quran.

Kisah mengenai bapa dengan anak yang disampaikan melalui al-Quran adalah cara Allah swt memberitahu kita tentang tuntutan islam. Di dalam Surah Luqman mengisahkan bagaimana seorang bapa yang bijaksana memberi didikan agama dan akhlak kepada anaknya. Menerusi ayat 13 hingga 19, Luqman menasihati anaknya agar tidak mempersetukukan Allah, berbuat baik dengan ibu bapa, tidak mentaati mereka dalam perkara-perkara mungkar tetapi tetap bergaul baik dengan mereka. Seterusnya ada juga disebutkan bahawa setiap perbuatan adalah di dalam pengetahuan Allah, mendirikan solat, menyuruh yang ma’ruf dan mencegah yang mungkar, bersabar degan segala musibah yang menimpa, menjauhi diri dari sifat sombong dan bersederhana dalam segala hal.

Selain itujuga telah disebut di dalam Surah Hud menerusi ayat 42 hingga 45 diceritakan mengenai kisah Nabi Nuh yang mengajak anaknya menaiki bahtera. Malangnya anaknya angkuh dan enggan mengikut ayahnya. Namun, kasih sayang seorang ayah Nabi Nuh telah membuat percubaan terakhir untuk menyelamatkan anaknya dari seksaan azab Allah.baginda terus berdoa kepada Allah agar menyelamatkan anaknya. Tetapi takdir telah menentukan anak Nabi Nuh bukanlah ahlinya.

Menerusi ayat 102 Surah Al-Shaaffat, kisah nabi Ibrahim dan anaknya yang menunjukkan betapa beratnya hati seorang bapa mengorbankan anak yang disayangi. Berkata Ibrahim kepada anaknya,” wahai anakku, Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi aku akan menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu?” Jawab anaknya, “wahai ayahku, jalankanlah apa yang diperintahkan oleh . insyaallh ayah akan dapati aku dari orang-orang yang sabar”. Kita maklum dengan kesudahan cerita ini. Seorang nabi bertanya pandangan kepada anaknya. Bagaimana dengan kita?

Begitu juga dengan kisah Nabi Yaakub yang berdukacita dengan kematian anaknya, Yusuf menerusi ayat 84 dalan Surah Yusuf sehingga Nabi Yaakub di ceritakan “putih 2 belah matanya disebabkan ratap tangis dukacitanya, kerana ia orang yang memendamkan marahnya da
lam hati. Walaupun kecewa dengan kecuaian anak-anaknya yang lain.

Hadith Rasullullah banyak mengajar kita tentang erti kebapaan. Sepertimana hadith yang bermaksud, “ Tiada pemberian yang lebih baik yang boleh di beri oleh seorang ayah kepada anaknya melainkan akhlak yang baik”. Ia mengingatkan kepada kita bahawa dalam materialistic ini, mendidik anak dengan akhlak yang baik adalah lebih bermakna dari pemberian hadiah walau sebesar dan semahal mana sekalipun harganya.
Dalam islam, bapa bukan hanya bertanggungjawab terhadap nafkah anak-anak tetapi juga sahsiah mereka. Di sinilah pentingnya golongan bapa memberi didikan agama dan akhlak kepada anak-anknya. Tambahan pula, anak soleh yang mendoakan orang-orang tuanya adalah antara amalan terus kekal walaupun mereka telah meninggal dunia.

Semestinya seorang bapa perlu aktif dalam kehidupan anak sebagai satu tuntutan dalam islam. Dengan kehadiran seorang bapa sesungguhnya ia memberi kesan positif dalam pertumbuhan anak-anak mereka. Kajian menunjukan sekiranya seorang bapa terlibat dalam pendidikan anak-anaknya, anak itu lebih cenderung untuk mendapat A. sekiranya dari segi syakhsiah diri, bapa yang mengambil intimam terhadap anaknya, kesan menunjukkan kecenderungan untuk mengambil inisiatif dan mengawal diri sendiri kepada anak-anaknya.

Marilah kita renung bersama betapa besar impak seorang bapa dalam satu institusi kekeluargaan. Tiada seorang bapa pun di dunia ini tidak mahu meneriama doa dari anak soleh dan solehah… mampukah kita balas semua pengorbanan tersebut sekiranya di nilai pada sebuah harga??


Mungkin ibu lbh kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tp tahukah kita, sebenar nya ayah lah yg mengingatkan ibu utk menelefon kita? Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita.. Tp tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dgn wajah yg letih ayahlah slalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian..?? Saat kita sakit demam ayah sering membentak jgn minum ais.. Tp tahukah kamu bahwa ayah sangat risau..??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dgn tegas ckp TAK BOLEH..!! Sedarkah kita bhw ayah hanya ingin menjaga kita.. Krn bagi ayah, kita adlh sesuatu yg sangat berharga.. Saat kita sudah dipercayai, ayah pun melonggarkan peraturannya.. Maka kita telah melangar kpercayaan ny, mka ayah lah yg setia menunggu kita di ruang tamu dgn rasa sangat risau.. Setelah kita dewasa, ayah telah mghantar kita ke sekolah untuk belajar.. Di saat kita memerlukan ini-itu utk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi tanpa menolak, beliau memenuhinya.. Saat kamu berjaya.. Ayah adlh org pertama yg berdiri dan bertepuk tangan untukmu.. Ayah akan tersenyum dngan bangga..

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah.. Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya.. Dan akhirnya.. Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan kita ayahlah tersenyum bahagia.. Apa kita tahu bhw ayah sempat pergi ke belakang dan menangis..?? Ayah menangis krn ayah sangat bahagia.. Dan dia pun berdoa “Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik.. Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya”.. Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita brsama cucu-cucunya yg sesekali dtg utk menjenguk.. Dengan rambut yg memutih dan badan yg tak lagi kuat untuk menjaga kita..



Kisah Panglima Perang : Panglima Khalid Al-Walid


Perang Uhud dan Perang Muktah adalah dua keadaan yang berbeza sebagaimana berbezanya peribadi Khalid bin Al-Walid. Dalam perang Uhud, beliau adalah panglima Quraisy yang berjaya mengalahkan mujahid-mujahid Islam tetapi perang Muktah menampakkan penampilan Khalid Al-Walid yang baru….Beliau adalah hero penyelamat di saat ambang kekalahan tentera Islam, ini membuktikan bahawa beliau memang layak dikurniakan anugerah tertinggi panglima tentera iaitu anugerah ‘Pedang Allah’

Semasa belum memeluk Islam, beliau adalah musuh Islam yang paling digeruni di medan perang kerana strategi perangnya yang hebat di mana umat Islam telah mendapat pengajaran yang cukup hebat ketika perang Uhud dahulu.

Khalid al-Walid telah memeluk Islam pada bulan Safar tahun 8H bersama-sama Uthman b Talhah dan Amru b Al-As. Setelah itu, beliau adalah pahlawan yang berjuang menentang orang-orang yang menentang Rasulullah SAW.

Berbicara tentang Khalid, tentunya tidak lengkap kalau tidak menceritakan tentang peristiwa dalam peperangan Muktah yang memang terkenal itu.

Dalam Perang Muktah, tentera Islam yang sedikit bilangannya telah berdepan dengan lebih kurang 200,000 orang tentera Rom. Dalam pertempuran tersebut, tentera Islam telah mendapat tentangan yang cukup dahsyat nyaris-nyaris menerima kekalahan. Bendera Islam telah dipegang oleh Zaid b Harithah yang kemudiannya gugur syahid, diambil alih pula oleh Jaafar bin Abu Thalib. Beliau turut syahid, maka bendera tadi dipegang oleh Abdullah bin Rawahah yang juga gugur sebagai syuhada’. Lantas bendera bertukartangan kepada Thabit bin Arqam dan menyerahkannya kepada Khalid al-Walid. Atas persetujuan ramai, maka Khalid al-Walidpun menjadi komandan perang dan terus mengarahkan tentera Islam berundur ke Madinah kerana sudah terlalu ramai yang syahid dan tentera yang tinggal tidak mampu untuk bertahan lagi.

Di zaman Khalifah Abu Bakar, Khalid ditugaskan untuk mengahpuskan golongan murtad. Saidina Abu Bakar telah memberi pidato semangat kepada tentera Islam yang antara lainnya berbunyi :”Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda : “Sebaik-baik hamba Allah dan saudara dalam satu suku iaitu Khalid b Al-Walid, Saifullah, yang pedangnya akan dihayunkan kepada orang-orang kafir dan munafik”

Beliau juga ditugaskan untuk membunuh Musailamah Al-Kazzab yang mengaku sebagai nabi dan mempunyai ramai pengikutnya. Dalam peperangan tersebut (Perang Yamamah), ramai tentera Islam yang terkorban. Khalid All-Walid sebagai pahlawan sejati yang pakar dalam strategi peperangan telah berjaya memberi semangat baru kepada tenteranya dengan ucapannya yang penuh karisma. Beliau berteriak kepada tenteranya : “Bergembiralah kerana kami akan melihat setiap orang akan mengalami bencana masing-masing”

Dalam Perang Yarmuk menentang tentera Rom, beliau telah berjumpa dengan panglima musuh yang bernama Mahan yang dengan angkuhnya merendah-rendahkan moral tentera Islam. Mahan telah berkata : “Aku tahu kamu semua meninggalkan tanah air kerana terpaksa dan kelaparan. Jika kamu semua setuju, aku akan   berikan setiap seorang tentera 10 dinar beserta dengan pakaian dan makanan dengan syarat mereka berangkat pulang dan tahun depan jumlah yang serupa akan dihantar ke Madinah”.

Khalid b Al-Walid dengan tegasnya menjawab : “Kami tidak akan keluar dari negeri kami kerana kelaparan seperti yang engkau sangkakan. Tetapi kami ialah satu kaum yang suka minum darah dan kami tahu tidak ada darah yang lebih lazat dan nikmat seperti darah orang Romawi, sebab itulah kami ke mari”

Setelah itu, Khalid Al-Walid selaku komandan perang beerteriak dengan kuatnya sambil bertakbir “Allahu Akbar” “Marilah kita berebut-rebut mencium bau Syurga”. Maka terjadilah peperangan yang amat dahsyat. Anak panah bersimpang siur dan mayat bergelimpangan.

Tiba-tiba seorang tentera Islam menghampiri Abu Ubaidah b al-Jarrah r.a.sambil berkata : “Sesungguhnya aku bercita-cita untuk mati syahid, adakah engkau mempunyai sebarang pesanan yang hendak disampaikan kepada Rasulullah SAW, kelak aku akan sampaikan kepada baginda ketika aku berjumpanya (di Syurga)”

Jawab Abu Ubaidah b al-Jarrah r.a : “Ya ! Katakan kepadanya : “Wahai Rasulullah SAW ! Sesungguhnya kami telah dapati bahawa apa yang dijanjikan oleh Tuhan Kami (Allah) adalah benar”. Lalu tentera tadi bertempur dengan hebatnya dan gugur sebagai syuhada’.

Dalam suasana perang tersebut Khalid al-Walid bersemuka dengan seorang daripada panglima Romawi yang bernama George lalu terjadilah dialog antara keduanya.

George  bertanya : “Wahai   Khalid, hendaklah kamu berkata benar kerana setiap orang yang merdeka tidak akan berbohong. Apakah benar bahawa Tuhanmu telah menurunkan kepada Nabimu sebilah pedang dari langit lalu diberikan kepadamu dan kalau dihayunkan kepada seseorang pasti dia akan kalah”

Khalid b Al-Walid menjawab : “Tidak”

George bertanya lagi : “Mengapa kamu disebut Pedang Allah ?” 

Khalid b Al-Walid berkata : “Bahawa Allah SWT telah mengutuskan kepada kami seorang Rasul dari bangsa kami, tetapi ada yang mempercayainya dan ada yang mendustanya. Aku sendiri termasuk dari kalangan orang yang mendustakannya tetapi Allah telah membuka hatiku kepada Islam. Lalu aku mengadap Rasulullah untuk memeluk Islam dan janji setia kepadanya. Rasulullah terus menyatakan : “Engkau adalah sebilah pedang dari pedang Allah”

George bertanya lagi : “Apa yang kamu dakwahkan kepada manusia”

Khalid b Al-Walid menjelaskan : “Supaya mereka mentauhidkan Allah dan menerima ajaran Islam”

George seterusnya berkata : “Jika seseorang memeluk Islam sekarang seperti apa yang telah berlaku kepadamu, adakah dia akan mendapat ganjaran ?”

Khalid b Al-Walid menjawab : “Ya, itulah yang lebih utama”

George  berkata : “Bagaimana yang terjadi kepadamu sebelum Islam ?”

Khalid b Al-Walid menjawab : “Kamu hidup bersama Rasul lalu kami lihat tanda-tanda kenabian serta mukjizatnya. Kami benar-benar melihat dan mendengarnya, lalu kami memeluk Islam dengan mudah. Tetapi kamu tidak pernah melihat dan mendengarnya, kiranya kamu beriman dengan apa yang tidak kelihatan, maka ganjaranmu adalah lebih besar jika kamu beriman kepada Allah dengan jiwamu”

Akhirnya George telah mengucap syahadah di hadapan Khalid, belajar cara solat dan sempat solat dua rakaat. Kemudian beliau adalah seorang syuhada’ perang Yarmuk…………. !!! dan tentera Islam berjaya menumbangkan tentera Rom yang berjumlah 240,00 orang.

Ramai di kalangan tentera Islam yang syahid dan tidak kurang pula yang sakit, luka dan cedera. Mereka yang cedera parah, apabila seorang diberikan air, lantas dia berkata rakannya di sebelah lebih memerlukan. Lalu diberikan kepada rakannya, tiba-tiba orang yang keduapun bersikap serupa, lebih mementingkan rakan yang lain……….begitulah seterusnya sehinggakan orang memberi air berpusing-pusing di antara mereka tetapi belum ada yang sudi meminumnya…Maka, kesemua mereka mati syahid di medang perang tersebut !   Ini membuktikan betapa wujudnya perasaan kasih kepada saudara seperti kasih kepada diri sendiri memang menjadi amalan mereka sebagaimana yang ditarbiahkan oleh Rasulullah SAW.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...