Tuesday, 11 September 2012

OTAK LELAKI AKAN BERHENTI SEKETIKA SEMASA NAMANYA DI SEBUT OLEH WANITA !



Tubuh perempuan ternyata begitu penting bagi kaum lelaki. Perempuan bagaikan satu pakej terulung yang boleh membuat lelaki terpesona, dari lekuk tubuhnya, aroma tubuhnya, wangi rambutnya, hingga kelembutan kulitnya. Ketika tubuh wanita melintas di hadapannya, dalam tempoh seketika lelaki lupa dengan semua hal yang semula difikirkannya. Bahkan, mendengar nama perempuan disebut saja sudah membuat otak lelaki berhenti bekerja. Ini bukan sekadar telahan, kerana telah dirujuk daripada hasil kajian psikologi Johan Karremans dan Sanne Nauts.

Kedua-duanya mengadakan Stroop Test, uji kognitif dasar di mana biasanya anda akan melihat sehelai kertas mengandungi kata-kata tentang jenis-jenis warna, namun kata-kata tersebut dicetak dengan warna yang berbeza. Lalu anda diminta menyebutkan warna dari kata yang tertera, bukan apa kata tersebut.
Namun dalam eksperimen Stroop Test ini, kedua-dua penyelidik meminta menguji 71 lelaki dan wanita yang menjadi sukarelawan untuk memberikan respons melalui instant message dari sebuah monitor yang akan membawa nama laki-laki atau perempuan. Kemampuan kognitif kaum perempuan rupanya tidak terpengaruh oleh nama laki-laki atau perempuan yang dipaparkan. Sementara kaum lelaki, walaupun sama sekali tidak terpengaruh oleh nama laki-laki, gagal menunjukkan kemampuan kognitif mereka setelah mendengar nama perempuan. Dengan kata lain, otak mereka tidak berfungsi dalam kapasiti penuh hanya kerana mereka mendengar nama "Amanda" atau "Natalie" muncul di skrin monitor.
Dalam eksperimen seterusnya, seluruh peserta diberitahu bahawa seorang lelaki atau wanita akan menghantar mesej kepada mereka melalui instant messenger. Walaupun tidak ada mesej-mesej yang dihantar, lelaki masih tersipu-sipu, dan gagal lagi dalam ujian kognitifnya.
Mengapa reaksi lelaki sangat berbeza dari kaum wanita? Sukar dijelaskan, namun menurut Nauts, hal ini kemungkinan disebabkan kaum lelaki cenderung lebih memberi makna akan situasi yang relatif neutral dalam konotasi seksual berbanding kaum perempuan.
Nota : Moralnya jangan sebut nama saya ketika saya sedang buat kerja bimbang terhenti pulak :) dan jika anda seorang perempuan jangan menyebut nama si lelaki jika ianya sedang asyik membuat sesuatu tugasan yang penting :)

Wassalam, Wa'allahhualam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...