Saturday, 4 August 2012

4 GAJET YANG GAGAL


1. Blackberry Playbook 
Jika Blackberry PlayBook adalah merupakan sebuah buku atau novel, ia akan menjadi cerita yang menyedihkan pernah dikisahkan kepada manusia. Ia bermula dengan pilihan pelik apabila pembangun PlayBook mengetepikan pembangunan aplikasi untuk e-mel, contact dan kalendar dari tablet ini. Lebih menjengkelkan, aplikasi hiburan dan sosial popular rangkaian sosial dan hiburan seperti Facebook dan Angry Birds tiada ketika pelancarannya buat pertama kali. Lebih memburukkan lagi keadaan, RIM telah melambatkan kemaskini OS 2.0 untuk PlayBook, naik taraf perisian yang kritikal untuk survival tablet, sehinggalah Februari tahun ini. RIM juga kelihatan terpaksa mengurangkan harga PlayBook kepada $199 walaupun enam bulan sebelum itu, tablet tersebut dilancarkan dengan tag harga $499. Menurut Los Angeles Times, RIM memaklumkan pada awal Disember 2011 bahawa ia kehilangan $485 juta disebabkan oleh PlayBook yang tidak terjual.



2. Jawbone Up
Dihasilkan oleh sebuah syarikat yang paling dikenali untuk pembuatan fon telinga (headset) bluetooth, Jambox yang popular, pelancaran bulan November lalu bagi gelang tangan pengesan kecergasan (fitness) Jawbone Up menunggu dengan jangkaan yang tinggi (kejayaan yang memberangsangkan). Sehingga ia dipasarkan sebagai alat yang dipakai di pergelangan tangan yang mengesan tabiat tidur, makan dan senaman pengguna mendapat maklum balas negatif dari kalangan penguji seperti Engadget yang menyifatkannya sebagai memalukan. Malah, ramai pengguna melaporkan peranti itu tidak berfungsi sehingga pada Disember, Jawbone memutuskan untuk memulangkan semula duit sesiapa yang tidak berpuas hati dengan produk itu. Pada masa itu, kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Jawbone memaklumkan syarikat tersebut menghentikan pengeluarannya yang bersifat sementara bagi mengesan beberapa kapasitor papan litar yang dikatakan menjadi punca masalah.


3. Motorola Xoom 
Apabila ia dilancarkan pada Februari, tablet Motorola Xoom dikatakan cukup mantap sebagai pembunuh iPad, dan ramai orang mahu ia betul-betul direalisasikan (sebelum kedatangan Samsung Galaxy Tab). Peliknya, Motorola Xoom mempunyai ciri-ciri yang menarik ketika itu, Google Android 3.0 (Honeycomb) dan sambungan 4G LTE, Motorola berjaya untuk memasarkan kira-kira 100,000 Xoom pada suku ketiga 2011. Berapa banyak iPad yang dipasarkan dalam tempoh masa yang sama? 11 juta. Ulasan awal kebanyakannya tampak positif, tetapi terdapat beberapa sebab mengapa Xoom gagal untuk berkembang maju. Salah satunya ialah Honeycomb itu sendiri yang telah dilabelkan sebagai tidak stabil dan tidak lengkap. 



4. Nintendo 3Ds 
Sebaik saja Nintendo 3D Tanpa Cermin Mata berharga $250 iaitu konsol permainan mudah alih yang dilancarkan di seluruh dunia pada bulan Mac dan seterusnya mencatatkan jualan yang sangat suram. Syarikat akhirnya memahami ia berpunca dari harga yang tidak masuk akal serta pilihan terhad permainan 3D yang ditawarkan. Dalam usaha meningkatkan jualan, Nintendo mengumumkan pada Julai 2011 bahawa ia akan mengurangkan harga 3Ds kepada $170. Ia berjaya, tetapi Nintendo terpaksa membayar dengan pengorbanan yang besar untuk diskaun tersebut. Seakan sudah terlambat. Pada bulan Oktober 2011, pembuat permainan Jepun berkata ia mencatatkan kerugian tahunan yang pertama dalam tempoh tiga dekad.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...