Saturday, 4 August 2012

Kenapa Perempuan Suka Berleter ?



Okey,.
Artikel hari ni aku nak sentuh tentang persoalan yang sering orang lelaki lontarkan/utarakan/persoalkan dan banyak lagilah yang kan..kan nya..kakaka,. iaitu ' Kenapa perempuan suka berleter?'

Jadinya,. berikut adalah sedikit siasatan ringkas aku,. Kenapa kaum ini amat sinonim dengan berleter,. Jangan marah ah,.
Berikut petikan kata kata responden yang aku telah terima dari soal siasat aku di bazar ramadhan :
 - Makcik Senah ayam bakar tempayan :
  • kalau tak berleter kerja memang tak jalan. Misalnya suruh angkat baju kotor masuk dalam mesin basuh. Cakap sekali sure diorang buta dek je..so kena cakap banyak-banyak kali sampai diorang rasa annoying giler. 
 Kak Jah Roti Jala :
  • kalau lembut-lembut diorang akan fikir kita ni tak serius, so alih-alih kita jugak kena buat keje diorang tu.
Mak Som Air Soya dan air buahan tempatan :
  • berleter tandanya sayang ataupun peringatan. Ini kenyataan yang sering lelaki salah tafsir. Berleter bagi lelaki adalah nasihat bagi wanita. 
Cik Ani Murtabak Raja :
  • kalau wanita yang tak berleter tandanya dia tak sihat @ mood dia tak baik. Ini boleh menimbulkan suasana yang tak menyeronokkan. 
Abe Lie Ayam Percik (aik?.. oh.. masa ne, bini dia g solat asar, jdnya dia tolong jwbkan)
  • Biasa la tu,.. dah lumrah wanita gemar meluahkan pandangan dan pendapat hingga disalahtafsir sebagai leteran. Abe Lie steady2 aje,. berleter satu, ada dua lagi yang pendiam,.. hahaha,.. ssyyyy..
Embak Puteri mandi
  • inginkan perhatian. Kalau lelaki bagi perhatian apa yang wanita nak cakap, mesti wanita tu kurang berleter sebab segala kemahuan dia dipenuhi
Mak Tom Mercun (kemboja)
  • ko ne apa masalah ? dari td aku tengok ko ne, kecik beso kecik beso jee,,. beli apa pun tak, duk tanya orang pompuan ske bebel bebel ne, naper..? Pet pot pet pot,. beli mercunnye taknak,. pet pot pet,. trett tett tett,.. tanya,.. tanya.. pet pott,. nak kata rupa reporter,.tadak,.. tp,. muke cam anak jin tak makan sebulan,. pet pott pet.. treett tett teetttt.. kebaboww,..
(watak watak di atas cuma rekaan semata-mata, tiada kena mengena dengan yang masih hidup atau mati)



Sedikit perkongsian kisah Saidina Umar berkaitan dengan leteran.

Semasa Umar memegang jawatan pemerintah Islam menggantikan Abu Bakar, seorang lelaki datang ke rumahnya. Lelaki itu berhasrat untuk mengadu berkaitan dengan hal isterinya.

Apabila hampir tiba di rumah Umar, dia tercegat di hadapan pintu rumah pemimpin Islam itu. Dari luar rumah, dapat didengari suara leteran isteri orang ternama itu. Pada masa itu, isteri Umar ialah Ummu Kalsum bin Ali, anak kepada Ali bin Abi Talib. Yang anehnya, suara Umar langsung tidak kedengaran.

"Sekiranya beginilah keadaannya semasa berhadapan dengan leteran isteri sedangkan di luar beliau dikenali sebagai seorang yang berani dan tegas, bagaimana pula saya? " Lelaki itu berfikir sendirian.

Kemudian, dia melangkahkan kaki meninggalkan rumah Umar. Ketika itu, Umar membuka pintu. Lantas beliau menyapa dan bertanya tujuan kedatangan lelaki tersebut.

"Tujuan saya datang ialah untuk mengadu perangai buruk isteri saya yang suka berleter. Tetapi apabila terdengar isteri tuan sedang berleter sedangkan tuan tidak berkata apa-apa, lalu bagaimana pula keadaan saya? " Lelaki itu meluahkan perasaannya.

"Saya bersabar mendengar leterannya kerana beliau ada hak ke atas saya," Umar menjelaskan keadaan.

"Isteri saya memasak, mengadun roti, membasuh pakaian dan menyusukan anak, sedangkan kebanyakan yang dilakukannya itu tidak diwajibkan ke atasnya. "

Lelaki itu mengangguk-anggukkan kepalanya perlahan mendengar penjelasan Umar.

"Isteriku juga menenangkan hatiku daripada melakukan perbuatan haram. Itulah sebabnya saya bersabar dengan leterannya."

"Benar segala apa yang tuan katakan. Isteri saya juga melakukan semua itu," akur lelaki itu.

"Bersabarlah. Leteran mereka hanya sekejap sahaja." Umar menenangkan.

Lelaki itu pulang dengan wajah yang lebih tenang berbanding semasa dia tiba ke rumah pemerintah Islam itu.
Nota kaki : ambillah iktibar/teladan dari kisah sahabat Nabi ini. Wanita takkan berleter kalau dia tak sayang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...